fbpx

Aliff Syukri Merajuk, Akui Terasa Hati Dengan Ibu

Ditegur secara terbuka oleh ibunya, Bonda Rozita Ibrahim menerusi Instagram semalam, usahawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri mengakui terkilan dan terasa hati dengan terguran tersebut.

Menurut Aliff, dia akui sedih dan tertekan dan mengatakan ibunya tidak sepatutnya berbuat demikian apatah lagi teguran itu dibuat untuk tatapan umum. Katanya, sebagai seorang ibu perlu memberikan kata-kata semangat kepadanya.

BACA: “Hati Mak Sakit Sangat, Orang Cakap Mak Tak Pandai Jaga Anak”

“Diakui saya terkejut, sedih dan sedikit tertekan. Teguran bonda itu membuatkan semakin ramai yang salah tafsir. Malah, orang terus buat provokasi.

“Saya merajuk dengan dia. Sepatutnya dia kena berikan kata-kata semangat, bukan kecam. Walaupun saya anak dia, tapi sebagai manusia biasa yang ada hati ada perasaan, sudah tentu saya terasa,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, Aliff berkata dia belum lagi menghubungi ibunya bagi menyelesaikan perkara itu. Bagaimanapun, Aliff mengatakan apa pun terjadi dia tetap menyayangi ibunya.

“Ini bukan publisiti. Malah, saya tak perlukan publisiti pun. Saya belum lagi mesej atau jumpa dia. Apa pun, saya tetap sayang dia,” katanya.

Terdahulu, Rozita menegur tindakan Aliff memuat naik videonya memaparkan dia menangis air mata darah. Malah, Rozita turut menasihati Aliff agar tidak memalukan keluarga serta sedar bahawa dia tiada bakat menyanyi .