Belum reda lagi dengan isu didakwa memukul anak angkat, usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri seakan dahagakan kontroversi apabila tampil mempromosikan single terbarunya yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi.

Meskipun nyanyiannya sering dikritik, nampaknya Aliff Syukri tidak pernah serik untuk terus bergelar penyanyi. Hampir sekian lama berdiam diri melihat tindak tanduk Aliff, Bonda Rozita Ibrahim tampil memberikan teguran buat anaknya.


BACA: Sedih Difitnah, Aliff Syukri Menangis Air Mata Darah Dalam Lagu Baru

Menerusi Intagram, Rozita mahu anaknya berhenti menagih perhatian ramai dengan aksi memalukan keluarga. Malah, Rozita berkata sedih hatinya sebagai seorang ibu apabila ada mengatakan dia tidak pandai menjaga anak.

View this post on Instagram

Letih sesak dada Mak dah , xpayah tunggu Covid 19 pun boleh mati kalau x tahan sgt..sudahhh lah kri tak sanggup nak tengok org kutuk kri..!! . "..tetiba naik lagu pulak @aliffsyukriterlajaklaris Sedap sgt ke ..?? Mak rela masuk utan dr tengok IG atau lagu ko kri ..Tak terhibur pun rela Mak panggil Jamal Abdillah atau hattan dr dengar suara ko . Yg menangis2 air mata darah..!! Apa hal pulak ..ni sehabis sopan Mak marah sampai Mak up dekat media sosial ..Maaf ya kri..tak sesudah perangai ko kan,, mak dah penat tengok komen org 'tak reti ajak anak'' . Kalau kecik2 boleh aku piat, aku kurung ko syukri,, kalau dah besar panjang mcm ni ko yg kurung aku balik..!! Sbb ko kuat . Bukan mak x sayang dan bukan mak tak nasihat , berbuih mulut dah , sampai keluar air mata nanah pun Mak kri buat gak..Netizen tak kenal pun keluarga kita mcm mana..!! Sedap mereka cakap pasal kri , sbb kri yg mengundang..!! tolong lah jaga maruah keluarga,, jangan lah buat perangai yg bukan2.. satu2 ..seronok ko je kan..!! Mcm2 kri buat bukan alasan Dileksia ke Akasia ke " Mak dn kami kena bahananya " Selama ni mak nasihatkan dekat mak panggil ko cakap bersemuka elok2 " kri jawab baik sgt , cakap sayang Mak dn ikut cakp Mak" lepas tu buat lagi “ . KRI sgt baik dgn Mak suka gurau , jaga Mak korban apa saja, tp jgn buat macam ni kat orang awam , umur dh 30an drpd kecik susah dgr cakap Mak , Dah tua makin menjadi2 ko kan..!! Tak pernah aku teringin pun nak up bebel ni nasihat ko secara terbuka.. kali ni mmg mak sgt2 marah sbb mak tak sanggup nk dgar lagi org komen negatif ttg kamu syukri..!!

A post shared by ROZITA JRM OFFICIAL (@bondarozitaibrahim) on

Dalam pada itu, Rozita berkata dia tidak tahu apa lagi ikhtiar yang boleh dibuat untuk menyedarkan anaknya itu. Katanya lagi, dia sudah menggunakan pelbagai cara iaitu iaitu menegur baik-baik, marah dan menjerit namun tiada hasil.


“Sehabis sopan Mak marah sampai Mak up dekat media sosial. Maaf ya Syukri, tak sesudah perangai kau kan, mak dah penat tengok komen orang ‘tak reti ajak anak’.

“Bukan mak tak sayang dan bukan mak tak nasihat, berbuih mulut dah, sampai keluar air mata nanah pun Mak Syukri buat juga.

“Tolonglah jaga maruah keluarga, jangan lah buat perangai yang bukan-bukan. Macam-macam Syukri buat bukan alasan Dileksia ke Akasia ke. Kami kena bahananya.

Diakhir perkongsian, Rozita turut meminta maaf banyak-banyak kepada Aliff terpaksa memberi teguran secara terbuka kerana tidak sanggup melihat orang berkata bukan-bukan tentang anaknya itu.