Aliff Syukri Dikecam Pegang Topeng Muka Tanpa Sarung Tangan
Disaat negara dilanda COVID-19, ramai yang mula bimbang sehingga kebanyakan topeng muka dan cecair pembasmi kuman habis dijual di pasaran. Susulan itu, ramai artis turut menjual produk tersebut bagi membantu rakyat mendapatkannya kerana stok sentiasa terhad.
Tidak ketinggalan, Datuk Seri Aliff Syukri juga turut memasarkan topeng muka buat yang memerlukannya. Bagaimanapun, niat murni usahawan kosmetik itu mengundang kecaman ramai kerana tidak mengutamakan aspek kebersihan ketika proses pembungkusan topeng muka.
BACA: Amil Zakat Puji Aliff Syukri Tak Pernah Tinggal Bayar Zakat
Tular di laman Twitter, apabila dia sendiri berkongsikan fotonya memegang topeng muka dengan tangan tanpa sebarang perlindungan kerana ia secara tidak langsung memindahkan kuman daripada kulitnya kepada topeng muka yang baru itu tanpa disedari.
Unhygienic. Pegang mask depan belakang with bare hands. Wearing mask improperly. What's up with the other mask on his leg? Tolonglah hire educated person as your advisor, dato aliff. You're too carefree. https://t.co/SPV0HCxLPL
— AY #StayAtHome (@aimdfkying) April 15, 2020
Malah, netizen turut menegur Aliff Syukri yang sewenangnya menempatkan lambakan topeng muka itu di sekitar kakinya selain tidak menunjukkan etika yang betul dalam pemakaian alat perlindungan itu.
Seperti sudah dijangka, rata-rata netizen mengkritiknya kerana tidak mempunyai ilmu untuk menguruskan perniagaan barangan tersebut dan hanya memikirkan keuntungan sahaja.
Malah, ada yang meminta pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengenakan tindakan terhadap usahawan tersebut. Walaupun dalam tempoh PKP, ada sahaja kontroversi yang terpaksa dihadapi oleh Dato’ Aliff Syukri.
ni skor lgi yg patut diciritkan ke muka sama amyza..
Bodoh tu mmg dri dulu lagi kan! Memang xkan beli la… pakai pun buat bahaya was2 je. Buang tong sampah lagi bagus.
KKM please take some actions!
Tolongla.. Masukkn gosip artis mcm Isa dan risteena drpd gosip bkn artis mcm kat atas ni… Tlonglllalaaaaaaaa
Buang dalam tong sampah la weh…semua dah tercemar …. why bother x2!
Who is hé ? So boring.. Please next gosip Che ta & zain serta aishah… Lama x Tgk dorang
Dh xde artis ke kt malaysia ni
Nanti ada melayu2 bodoh pakat beli. Baik ko pakai seluar dalam sajor!
Eee geli lah kita tgk nk bubuh mask tu kat muka kita. Dlm gmbr tu dia siap duduk je atas mask yuckkkk
Tahap kebersihan dah hilang. Mask tu rugi je lah tak laku lgi ler berisiko.
Adoi sadis betul mamat ni
Org ulu ulu saja nanti beli ..
Org org yang beepelajaran tahu akan kebersihan diri …. Virus covid tu boleh melekat kat mask …eeeeeeeewww.
Jangan la beli
Bodoh sombong Rm20.00 sekeping. Babi hanat