fbpx

Aliff Syukri Dipuji Kongsi Rezeki Wang Tunai RM300k

Selalunya ada sahaja perkara tak kena di mata netizen apabila bercakap mengenai jutawan kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri. Ada saja mulut yang akan mengecam kerana menyampah dengan sikapnya yang suka menunjuk.

Tapi ramai yang tidak tahu sisi baik Aliff Syukri yang sentiasa membantu orang susah. Baru-baru ini, Aliff Syukri memuat naik video memperlihatkan beliau memberikan sumbangan makanan dan wang tunai kepada mereka yang memerlukan.

BACA: Panggil ‘Kakak Cantik’, Aliff Syukri Sokong LGBT?

Menerusi video tersebut, Aliff memberitahu setiap tahun dia akan memberikan zakat berbentuk makanan, sumbangan Hari Raya dan wang tunai bernilai RM300,000.

dah suruh berbaris dah tapi mereka yg serbu plz jgn kecam saya? . . inilah kejayaan sebenar??????siapa yg sokong sy komen dibawah? Alhamdulillah,tahun ni dapat meneruskan rutin setiap tahun memberi zakat berbentuk makanan,wang tunai dan sumbangan wang tunai kepada mereka yg memerlukan yg bernilai rm300k.. . Berkat sokongan anda yg membeli produk saya juga dan anda juga adalah peyumbang kepada rezeki mereka hari ini…saya sharekan kepada anda pengguna dherbs supaya anda juga berasa bangga sebagai peyumbang kepada mereka pada hari ini…yg diuruskan pusat zakat selangor . Mudahan kita semua diberi rezeki yg berlipat kali ganda supaya amalan ini dapat diteruskan pada tahun akan datang..amin kan kejayaan saya yaa

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Katanya lagi, rezeki tersebut adalah berkat sokongan orang ramai yang membeli produk keluarannya dan anda jugalah penyumbang kepada mereka yang memerlukan.

Rata-rata netizen memuji sikap Aliff yang sentiasa membantu meringankan beban mereka yang memerlukan dan ramai mendoakan agar Aliff sekeluarga dimurahkan rezeki.

Bagusnya berkongsi rezeki pada yang memerlukan

Ada juga netizen meminta agar Aliff Syukri turut menghulurkan derma ke Tabung Harapan Malaysia dan membantu kerajaan baharu.  Diharap lebih ramai insan seperti Aliff Syukri.