fbpx

Panggil ‘Kakak Cantik’, Aliff Syukri Sokong LGBT?

Nama jutawan kosmetik ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Datuk Aliff Syukri menjadi idola ramai sebagai usahawan berjaya dan sentiasa pentingkan keluarga. Aliff Syukri juga dikenali dengan sikapnya yang suka membantu orang susah.

Jika sebelum ini ramai yang mengecam apabila Aliff Syukri dilihat sering memuat naik foto bersama Nur Sajat, kini netizen makin bertambah bengang dan marah selepas melihat video yang tular baru-baru ini.

Menerusi video tersebut pengasas D’herbs itu memanggil Safiey Illias yang kini kembali ke dunia ‘pondan’ dengan gelaran ‘kakak cantik’.

https://www.instagram.com/p/BjJcoDaH5wu/?utm_source=ig_embed

Berikutan itu, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati dengan mengatakan Aliff Syukri dilihat menyokong dan ‘menggalakkan’ lagi golongan LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender).

Kenapa panggil kakak, nak bersubahat ke?

Terang-terang lelaki, kenapa panggil kakak?

Jelas netizen lagi, Aliff sepatutnya memberi teguran kepada golongan tersebut dan bukannya menyokong mereka. Namun ada yang bersangka baik dengan mengatakan mungkin Aliff sudah menegur mereka namun tidak berhasil.

Apa-apa pun lebih baik kita bersangka baik di bulan mulia ini dan mendoakan agar golongan ini untuk kembali ke pangkal jalan.