fbpx

Aliff Syukri Buat Hal Lagi, Gelar Anak Macam Pengemis

Beberapa hari lalu usahawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri dipuji ramai selepas melancarkan lagu nasyid bersama isterinya, Datin Shahida. Tetapi nampaknya Aliff sekali lagi dikecam teruk apabila beliau memuat naik gambar di Instagram menggelar anak-anaknya seperti pengemis.

Mungkin niat Aliff hanya mahu bergurau, namun kepsyen tersebut mencetuskan pertelingkahan netizen di ruangan komen.

BACA: “Lagu Nasyid Sejuk Hati, Lagu Bobo Dimana Hati Jadi Beku”

Tidak kurang juga, ada yang beranggapan Aliff sengaja memuat naik kepsyen seperti itu semata-mata untuk mendapatkan pujian dari netizen memandangkan beliau sahaja yang kelihatan elok di dalam gambar.

 

Bagaimanapun, seperti sudah dijangka rata-rata netizen mengecam usahawan tersebut dan meluahkan rasa tidak puas hati kerana sebagai seorang bapa beliau seharusnya menjaga percakapan kerana apa yang diucapkan adalah satu doa.

Apa pun diharap selepas ini Aliff lebih berhati-hati dan berfikir terlebih dahulu sebelum memuat naik status agar tidak mengeluarkan kata-kata yang mungkin menyinggung perasaan mana-mana pihak.