Kecewa lagu Bobo Dimana dikecam hebat oleh netizen, Datuk Aliff Syukri sebelum ini pernah meluahkan hasratnya untuk menyanyikan lagi nasyid pula. Akhirnya, lagu nasyid yang dinyanyikan bersama isteri, Datin Shahida dilancarkan semalam di YouTube.

Lagu bertajuk Agama Kedamaian yang diinspirasikan daripada lagu Deen Assalam itu, adalah hasil sentuhan komposer dan penyanyi nasyid popular, Hafiz Hamidun. Lagu tersebut diolah sedikit ke Bahasa Melayu agar lebih mudah untuk difahami.


BACA: Lagu Dilabel Haram, Aliff Syukri Berang Dengan PU Amin

Rata-rata netizen memuji suara merdu Shahida dan rasa tenang apabila mendengar lagu tersebut. Ramai yang meluahkan rasa syukur akhirnya Aliff menyanyikan lagu berunsur keagamaan. Tidak kurang juga ramai yang mengharapkan agar Aliff terus mengeluarkan lagu-lagu seperti ini.

Baguslah kalau Aliff dah mula menyanyikan lagu nasyid. Lihat saja komen dari netizen, semuanya baik-baik saja dan tiada yang mengecam. Malah ramai yang mendoakan yang baik-baik buat usahawan tersebut agar terus istiqamah.