Sudah pun rujuk semula dengan Aliff Aziz ketika dalam tempoh edah, Bella Astilla enggan melakukan kesalahan yang sama dimana sebelum ini dia terlalu ikutkan perasaan marah sehingga kongsikan hal rumah tangga di media sosial.

Menurut Bella dia kini lebih berhati-hati sebelum berkongsikan hal peribadi kepada umum dan pa yang berlaku sebelum ini mematangkan dirinya. Namun, hal rujuk dan hamil perlu dikongsikan kerana bimbang akan mengundang fitnah.


BACA: Pakai Baju Raya Besar, Bella Astillah Dituduh Malu Tunjuk Perut

“Saya akui kesilapan dan terlalu ikut perasan marah. Saya tahu ramai yang mempertikaikan kenapa kongsi segala masalah dalam laman sosial, kemudiannya seperti menjilat semula.

“Saya juga hanya manusia biasa dan berdarah muda. Saya panas hati dan kongsi amarah terpendam. Bagaimanapun, apa yang berlaku mematangkan diri. Saya banyak belajar daripada kesilapan yang dilakukan.

“Kini, saya akan berfikir panjang sebelum berkongsi soal peribadi di laman sosial. Cuma, apabila rujuk dan hamil semula saya perlu berkongsi kerana bimbang mengundang fitnah,” katanya kepada BH Online.

Dalam pada itu, Bella berkata biarlah dia terlebih dahulu membuka mulut mengenai status rumah tangganya dan mahu memberikan masa kepada Aliff. Ujarnya, Aliff kini bekerja di sebuah pusat komuniti Islam di Singapura.

“Saya mahu memberikan masa kepada suami, sebelum mengeluarkan kenyataan secara terbuka. Dengan apa yang dilaluinya sebelum ini, Aliff memerlukan masa untuk menyelesaikannya.

“Kini, Aliff sudah lebih tiga bulan bekerja di sebuah pusat komuniti Islam, Jamiyah di Singapura. Sebagai isteri, saya gembira dia mahu berubah menjadi lebih baik. Aliff terbabit dengan kerja amal mengagihkan bahan mentah kepada mereka yang memerlukan,” katanya.