fbpx

“Aliff Hanya Jumpa Dengan Ayden Bila Saya…”

Apabila pasangan bercerai, apa yang paling penting adalah kebahagiaan anak. Bella Astillah memberitahu anaknya, Ayden Adrean hanya akan berjumpa dengan Aliff Aziz jika dia mempunyai urusan kerja di Singapura sahaja.

Bella berkata, sejak kebelakangan ini dia banyak menerima tawaran kerja di Singapura dan jika berkesempatan dia akan membawa Ayden bersama untuk bertemu bapanya.

BACA: “Ayden Perlukan Ibu Bapanya, Kami Bukan Keluar Berdua”

“Saya kini banyak menerima tawaran serta undangan kerja di sana. Biasanya kalau ada kesempatan saya akan bawa Ayden bersama untuk berjumpa bapanya. Jadi setakat ini Aliff hanya berjumpa dengan anaknya bila saya datang ke sana sahaja.

“Dia okay dengan keadaan itu, selebihnya dia menghubungi menerusi panggilan video sahaja,” katanya kepada Astro Gempak.

Terdahulu, timbul spekulasi dimana netizen mengatakan cinta Bella Astillah dan bekas suaminya, Aliff Aziz berputik kembali apabila kedua-dua mereka memuat naik gambar menerusi Insta Story meluangkan masa bersama bermain bowling,

Bagaimanapu, Bella mengatakan apa yang dilakukan adalah yang terbaik untuk anak mereka dan mereka bukan keluar berdua seperti yang diperkatakan netizen.