fbpx

Aliff Aziz Tak Cadang Berhenti Menyanyi Walau Diselebungi Kontroversi

Artis yang berasal dari Singapura ini, telah mengejutkan pelbagai pihak apabila telah ditahan oleh pihak berkuasa Singapura atas tuduhan mencuri telefon bimbit, dan yang terbaru adalah dikatakan bahawa Aliff Aziz telah lari dari set penggambaran. Berikutan itu sekali lagi penyanyi muda yang berusia 23 tahun ini dikecam oleh banyak pihak.

“Saya tak nafikan ketika itu terlalu banyak perkara yang saya perlu tangani. Pada waktu yang sama juga banyak perkara yang kena buat. Di situ pun sudah jadi satu percanggahan. Mungkin saya penat, tetapi bukanlah alasan. Saya ingin memohon maaf kepada semua yang terlibat dalam produksi dan juga yang kurang senang dengan tingkah laku saya”

BACA: Aliff Aziz Masuk Hospital Di Singapura Gara Gara Mabuk Teruk?

“Pengajaran yang saya dapati ialah saya tidak boleh mengambil dua pekerjaan dalam satu masa, saya kena fokus pada satu kerja sahaja,” ujarnya bersungguh.

Manakala kesnya sebelum ini iaitu ditahan atas tuduhan mencuri telefon bimbit sudah terjawab di media massa tempatan pada 4 bulan yang lepas. Umumnya di sini kita ketahui bahawa Aliff Aziz tidak bersalah dan dia seperti tarsalah waktu, masa dan hari apabila ke tempat tersebut dan dituduh atas tuduhan mencuri.

Bagaimanapun, kesnya itu telah selesai apabila telah membayar saman atas nasihat peguamnya sendiri untuk tidak memanjangkan kes yang boleh mengambil masa selama setahun.

Tetap Optimis Dengan Kerjaya, Tidak Akan Berhenti

Disebabkan kes tersebut segala gerak kerja, mental dan emosi anak muda yang popular dengan lagu Sayang Sayang tergendala. Ini termasuklah juga dengan kerja pembikinan albumnya yang sedikit terganggu gara-gara kejadian tersebut.

Sementara itu, sepahit atau seburuk mana kontroversi yang dihadapinya, Aliff Aziz tetap optimis dan berfikiran positif ingin menjadikan semua itu sebagai satu pengalaman & pengajaran berguna buat dirinya. Begitu juga dengan kerjaya nyanyian yang tidak akan sesekali ditinggalkan walaupun kontroversi tersebut sedikit sebanyak mencalarkan imejnya.

“Saya tidak nafikan bahawa saya sedikit tertekan apabila kontroversi melanda diri saya. Tapi kalau nak cakap berhenti menyanyi memang tidak sama sekali kerana saya percaya ada hikmah di sebalik setiap kejadian yang berlaku”

“Benda ini banyak mengajar saya dan selama empat bulan banyak perkara yang telah berlaku dan cukup mematangkan diri saya,” tambah Aliff Aziz yang ditemui di majlis pra dengar albumnya yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi. (rtky/hfz)