fbpx

Aliff Aziz Rindu Sangat Nak Sertai Tabligh Lagi

Sebut saja nama Aliff Aziz, sebelum ini pelakon dan penyanyi sememangnya tidak pernah lekang dengan cerita kontroversi.

Siapa sangka penyanyi lagu Sayang Sayang ini akhirnya diberi hidayah apabila ditunjukkan jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah apabila menyertai jemaah tabligh.

BACA: “Saya Belajar Jadi Baik, Pasti Masih Ada Yang Mengata”

Baru-baru ini, Aliff meluahkan rasa rindu untuk kembali mendalami ilmu agama bersama jemaah tabligh seperti yang pernah disertainya sebelum ini.

Kata Aliff lagi, dia berharap agar diberi kesempatan oleh Allah untuk terus mengejar ilmu agama dan berdakwah sehingga ke akhir hayat.

“Rindu suasana ni, semoga Allah izinkan dan memilih lagi untuk keluar di jalanNya lagi dan lagi, hingga kami tiada lagi. Kami belajar korban-korban dan dijalanMu Ya Allah.

“Dengan harapan Kau pandanglah kami dengan pandangan rahmat dan kasih sayangMu. Allahuma Ameen,” tulisnya.

Menerusi enrti tersebut, Aliff turut memuat naik foto ketika menyertai aktiviti dakwah bersama jemaah tabligh bersama rakan artis Zahiril Adzim.