fbpx

Bella Astillah Dedah Lagi Kecurangan Aliff Aziz

Baru saja reda kontroversi panas Aliff Aziz bersama pelakon baru Oktovia Manrose, nampaknya Bella Astillah sekali lagi dilihat meluahkan rasa tidak puas hati kepada seseorang yang dipercayai suaminya.

Menerusi perkongsian itu, Bella nampaknya seperti sudah hilang sabar dan meminta agar Aliff menjaja cerita kononnya dia yang menghalau suaminya keluar daripada rumah. Ujarnya lagi, keluarganya juga tahu perkara sebenar bahawa dia tidak menghalau Aliff.

Bella juga sekali lagi mendedahkan kecurangan Aliff namun kali ini dengan wanita lain. Bella turut memuat naik perbualan dengan seorang peminat yang mendakwa melihat Aliff di dalam kereta bersama seorang wanita di Johor beberapa hari lalu.

Selepas isu dengan Oktovia, Aliff membuat permohonan maaf dan mengakui semua yang terjadi adalah salahnya. Aliff juga memberitahu dia kesal di atas tindakannya dan rasa bersalah terhadap isterinya kerana sering memberikan masalah.

Oktovia juga turut tampil memohon maaf dan mengakui kesalahannya. Meskipun terluka, Bella memberitahu dia memaafkan pihak yang terlibat kerana apa yang penting baginya adalah kejujuran.

Pada tahun 2017, Aliff pernah mengecewakan hati isterinya apabila dikatakan menjalin hubungan dengan pelakon Afifah Nasir. Namun, Bella membuat keputusan untuk memaafkan suaminya.