Aliff Aziz Terima Hadiah Istimewa Dari Bella Astillah Sebelum Dihukum Penjara
Semalam, pelakon dan penyanyi Aliff Aziz telah dijatuhkan hukuman penjara dua minggu dan denda RM1,500 oleh Mahkamah Negara Singapura selepas didapati bersalah atas tuduhan mencuri dan berkelakuan tidak senonoh di tempat awam.
Menerusi Insta Story miliknya semalam, Aliff sempat memuat naik video nyanyian kiriman daripada isterinya, Bella Astillah sebelum pergi ke mahkamah sebagai penguat semangat untuk menghadapi ujian tersebut.
BACA: Aliff Aziz Dipenjara Dua Minggu Kerana Mencuri, Berkelakuan Tak Senonoh
Dalam posting tersebut, Aliff turut meluahkan rasa cinta buat isterinya itu serta meminta orang ramai mendoakan yang baik-baik untuk dirinya.
Pada 7 Ogos lalu, Aliff mengaku bersalah di atas dua pertuduhan itu di Mahkamah Negara Singapura. Menurut kertas pertuduhan, Aliff didakwa mencuri wang S$300 (RM950) dan 1 juta rupiah (RM285) milik seorang pelakon dan ahli politik Indonesia.
Aliff mengakui dia mencuri wang tunai berkenaan kerana ‘dia memerlukan wang’. Aliff kemudian menggunakan wang tunai itu untuk makanan dan pengangkutan.
Bagi pertuduhan kedua adalah bagi kelakuan tidak senonoh dengan menjerit dan menunjukkan isyarat menggunakan tangan semasa berada di tempat awam. Ketika kejadian itu, Aliff didapati mabuk sekitar 5.30 pagi di kawasan Orchard Road.
- SUMBER
- Oh Bulan
Moga ada sinar dlm kehidupan.. Moga slalu muhasabah diri.. Stay hensem slalu d mana jua abang alif berada
Taeikkkkkkkkkkkk!!
Kah kah kah kah kah ….tahniah Bella
pas kuar penjara..jgn buat hal lg la.. kesian kat isteri n ank2 tu.. perempuan klau dh bg peluang manfaat la betul2, klau dh tawar hati..tgk muka kau pn x mau..
@Aku perempuan, bella mana reti serik…bukan sekali, bukan 2kali, bukan 3 kali, bukan 5kali, bukan 6kali tapi 7 kali sepanjang 4 tahun kahwin aliff kantoi curang. lps dedahkan aib suami, malukan perempuan yg berskandal dgn alif, lps family and kawan2 nasihatkan bella untuk move on, bella still u-turn. so kalau aliff buat hal lg lps ni pun dia tau bella still akan maafkan, tanggung makan minum dia dan still sanggup mengadungkan anak dia. so tak perlu ler nk risau, aliff berubah ke tak still ada org sanggup kutip balik.
Reply…Gula Gula says:
Sep 17, 2020 at 12:08 pm
…sudah semestinya..,