Akhirnya ada juga komen daripada Aliff Aziz berkaitan kisah percintaan terkini beliau yang di’khabarkan sudah menemui jalan buntu dan jejaka ini sendiri sudah berputus asa.

BACA: Gossip: Aliff Aziz Patah Hati Dengan Adira Pula?

Bercakap kepada Media Hiburan hari ini, Aliff Aziz memberikan kenyataan ringkas yang beliau tidak lagi mahu di’kaitkan dengan Adira sebaliknya ingin kembali fokus terhadap kerjaya beliau. Cliché.

“Kalau boleh jangan kaitkan saya dengan Adira. Saya sudah tidak mahu sebarang cerita kami diungkit lagi. Cukup sampai di sini sahaja dan saya mahu serius dalam kerjaya dan mengulangi zaman kegemilangan saya”

Seperti kitaran yang pernah berlaku sebelum ini, rasanya peminat akan menunggu siapakah gadis seterusnya yang akan bertakhta di hati Aliff Aziz dan adakah ianya akan turut mencipta kontroversi? Heh.