fbpx

Aliff Aziz Doa Ada Peluang Kedua Dengan Bella Astillah

Mengakui bersikap angkuh dan sambil lewa dengan kebaikan yang dilakukan bekas isteri sebelum ini, Aliff Aziz berdoa agar dapat diberikan peluang kedua dalam perkahwinan bersama Bella Astillah.

BACA: “Terima Kasih Ya Allah Di Atas Ujian Ini”

“Bella seorang wanita yang kalau saya cari lain pun selepas ini, pasti takkan jumpa sepertinya. Kini, saya juga tahu ramai orang bertepuk tangan dan ada juga yang mengatakan saya berhak mendapatkan balasan sebegini”

“Apapun, saya sangat berterima kasih dengan Bella kerana sanggup bersama saya selama lima tahun ini. Saya juga minta maaf dari hujung rambut sampai kaki pada Bella dan keluarganya di atas segala kesilapan yang sudah dilakukan”

“Jodoh ditentukan Allah dan saya harus terus berdoa semoga ada peluang kedua dalam perhubungan kami,” katanya kini dalam tempoh berehat bersama keluarga di Singapura sejak bercerai tempoh hari.

Terdahulu Aliff tampil dalam temubual di telefon bersama Geng Pagi Hot, stesen radio Hot FM, pagi tadi. Tambah Aliff lagi, beliau sedar sepatutnya beliau menunjukkan perkara baik sebagai suami dan bapa.

Pastinya ramai tidak bersetuju andai Bella kembali semula ke pangkuan Aliff setelah apa yang telah berlaku. Apapun doakan baik-baik saja buat pasangan ini, moga perpisahan ini menjadi pengajaran. (rtky/w)