“Terima Kasih Ya Allah Di Atas Ujian Ini”
Nampaknya, nama penyanyi Aliff Aziz sekali lagi menjadi bualan ramai apabila tersebar foto-fotonya bertatu di laman Twitter. Satu demi satu ujian dilaluinya, Aliff menganggap apa yang berlaku adalah dugaan daripada Allah, malah berterima kasih kepada Yang Maha Esa di atas segala ujian yang diberikan.
Menerusi Intagram, Aliff berkata dia berharap ujian yang dilaluinya itu akan memberikannya kekuatan untuk mendekatkan diri dengan Allah.
BACA: “Aliff Rasa Kehilangan & Putus Asa, Perlukah Kita Bersorak?”
“Terima kasih Allah untuk ujian diberikan kepada saya untuk dilalui. Semoga saya kuat mengharungi dan semakin dekat kepadaMu,” tulisnya.
Diruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat kepada Aliff untuk terus kuat dan tidak mengalah. Malah ramai yang mendoakan yang baik-baik buat Aliff dan serta menasihatinya untuk tidak mempedulikan komen negatif netizen.
Semalam tular di media sosial foto Aliff tidak berbaju dengan tatu berukir di dada dengan nama bekas isterinya, Bella Astillah. Kemudian tular pula beberapa keping foto memperlihatkan bahagian belakang tubuhnya dipenuhi dengan lukisan tatu.
Bagaimanapun, Aliff menjelaskan ukiran tatu tersebut dihasilkan menggunakan inai hitam. Malah menurut Bella, Aliff memberitahunya bahawa dia telah dianaiya oleh individu yang baru dikenalinya.
- SUMBER
- mStar Online
Menunjuk yg c alip ne xda attitude,merempat Sana sni…org baru kenal pun bole pcya…ke xda duit dh,cr pempuan tuk blnja mkn….mna kuarga alip??????? Dok diam tgk ank dh mcm xwaras
Bosah dah! Laki bini attention seeker dari dulu!
Huh benci btl masa nak wat dosa tak ingat Allah pun
Dah kena tinggal baru nak ingat Allah, buat status mcm hidup dia je susah.. padahal dia yg bt hidup dia jd cmtu..
Oh and klu sekali je buat boleh trma kot.. ni dah berkali2.. pahtu insaf konon.. pas ni konfem ada lg lol
Dekatkan diri dgn penciptamu
Fake
Masi belum terlambat bro,buat sesuat sehabis baik utk berubah.and berubah la bermula dari dalam,bukan hanya pakayan semata mata..buang la semua perbuatan yg negatif sbb ia akan menghacurkan rumah tangga yg anda bina sendiri bersama pasangan..pencerayan bukan la satu penghujung dlm sesuatu hubungan atau pun hukuman..ambik la peluang ini untuk berfikir apa yg anda suda lakukan,dan buat pembetulan sekiranya ada..dan pastikan sesuatu yg di sesali tidak akan berulang lagi…banyak kan masa utk bersama ibu bapa,dekat kan diri dari tuhan.
Macai bodo mudah terpengaruh dgn tulisan di instagram..hahahahhah..
Pi mampoihhhh