Selepas melalui pelbagai episod getir dalam kontroversi skandalnya, semalam buat pertama kalinya Aliff Aziz mengemas kini akaun Instagramnya dan memuat sekeping gambarnya memakai baju berwarna putih.
BACA: “Saya Anggap Ini Teguran Keras Daripada Allah”
Malah selepas penceraiannya bersama isteri, Bella Astilah minggu lalu, buat pertama kalinya Aliff membuka ruangan komen di akaun Instagramnya kepada umum. Seperti dijangka ramai membanjiri ruangan komen tersebut.
Tindakan Aliff membuka ruangan komen membuatkan ramai meninggalkan komen tidak puas hati yang lama terbuku di hati netizen. Di ruangan komen, Aliff berterusan dicaci maki kerana kesilapannya sebelum ini.
Tetapi tidak kurang juga yang tampil menasihati Aliff dengan baik dan mendoakan pelakon itu agar berubah. Namun apa yang menjadi perhatian, komen balas Aliff yang tenang menjawab setiap komen biarpun dikecam.
Munngkin dengan cara membuka ruangan komen, dapat menolong Aliff meneruskan kehidupan hitam yang dilaluinya. Setiap manusia tidak lari dari membuat kesilapan, kita doakan yang baik-baik saja. (rtky/w)