Alif Satar Pilih Nama Anak Ketiga Muhammad ‘Ali
Tahniah diucapkan kepada Alif Satar dan isteri, Sha Dila yang baru saja menyambut kelahiran cahaya mata ketiga mereka pada 19 September lalu.
Menerusi Instagram, Alif mendedahkan wajah dan mengumumkan nama anak lelaki pertamanya itu iaitu Muhammad ‘Ali. Dalam pada itu, Alif turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakan kesejahteraan dan kesihatan anak mereka.
BACA: Isteri Alif Satar Selamat Timang Anak Ketiga
“Assalamualaikum, Muhammad ‘Ali… Terima kasih pada semua yang mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga, setiap doa anda sangat bermakna bagi kami,” tulisnya.
Diruangan komen, rata-rata netizen memuji nama anak yang dipilih oleh pasangan tersebut.
Alif dan Sha Dila mendirikan rumah tangga pada September 2014 dan dikurniakan cahaya mata perempuan Alisha Anugerah, 4 dan Ariana Mecca kini berusia dua tahun.
Semoga ada rezeki anak, alif satar menang anugerah bintang paling popular tahun ni kerana beliau layak.
Semoga Delimawati menang ABPBH tahun ini..,
InsyaAllah pelakon filem wanita popular Delimawati
Saya nak adam Lee menang artis baru lelaki
Shukri yahya menang pelakon tv
Zara zya menang pelakon tv
Delimawati menang pelakon filem
Nana penyanyi wanita
Ft penyanyi lelaki
Bintang paling popular Elly mazlein Kaklina pom2