fbpx

Alif Satar Jawab Tuduhan Enggan Duet Dengan Siti Nordiana

Penyanyi, Alif Satar menafikan dakwaan yang mengatakan beliau menolak tawaran berduet dengan Siti Nordiana kerana penyanyi itu masih tidak popular pada ketika itu. Tegasnya lagi, segala perbincangan atau kerjasama bersama artis lain akan ditentukan oleh syarikat rakamannya.

BACA: Kehadiran Anak Buat Alif Satar Lebih Matang

“Siti Nordiana pernah cakap perkara ini juga kepada saya bahawa dia meminta untuk berduet dengan saya untuk lagu Tak Ada Cinta Sepertimu, namun apabila ketika sesi rakaman Aliff Aziz pula yang muncul. Mungkin suaranya lebih sesuai untuk lagu tersebut”

“Secara jujurnya saya sendiri tidak tahu tentang itu kerana urusan lagu ditentukan oleh syarikat rakaman dan bukan sebab saya enggan duet dengannya kerana dia tidak popular ketika itu,” katanya kepada m Star Online berhubung dakwaan terbabit.

Apabila ditanya mengenai hubungan beliau dengan Siti Nordiana selepas beliau dikatakan disindir oleh penyanyi itu kerana menolak pelawaan duet bersama, Alif berkata, hubungan mereka baik sahaja kerana Siti Nordiana juga memahami perkara ini berlaku bukan atas kehendaknya.

Walaupun tidak dapat bergandingan didalam bidang nyayian, namun Alif memberitahu bahawa beliau kini sedang sibuk berlakon dengan Siti Nordiana didalam satu drama terbaru arahan Micheal Ang yang bertajuk Dia Semanis Honey yang kini dalam proses penggambaran. (rkty/w)