Alif Satar Nafi Semakin Kacak Kerana Duit
Baru baru ini ada seorang pengguna di Twitter yang memuatnaik gambar throwback Alif Satar ketika mula mula menyertai dunia seni dan wajah terkini penyanyi juga pelakon tersebut.
Perbezaan yang ketara antara dua imej itu mengundang banyak komen dari para peminat yang menyifatkan perubahan Alif Satar terlalu mendadak dan ianya satu perkara yang baik untuk selebriti itu.
Lepas tengok alif satar, aku masih ada harapan lagi ni. pic.twitter.com/3pzpFu08D0
— ??????????? (@meinmokhtar) October 29, 2018
Tidak kurang juga yang mendakwa Alif Satar mampu mengubah penampilan lebih baik kerana sudah semakin banyak duit hasil kegiatan seni dan tidak hairanlah mampu berbelanja untuk menaikkan imej dan wajah lebih kacak.
Menerusi kemaskini menerusi Instagram, Alif Satar memberi komen peribadi beliau tentang perkara ini dan mengatakan yang duit hanyalah menyumbang sebanyak 10% untuk perubahan positif yang beliau alami selama ini.
“It’s not money that is going to help you be better, it’s the drive in you, your connection to Him and your will to change to be better are the true factors that define who you are,” ujar Alif Satar menjawab persoalan ramai.
Semua orang ada jalan tersendiri untuk menjadi dewasa dan Alif Satar pastinya lebih tahu apa yang beliau lalui untuk menjadi yang lebih baik kini. Apa yang penting adalah kemahuan untuk mengubah diri, bukan? (rtky/m)
Nak handsome mudah. Jaga kulit, badan, rambut dan dressing. Mesti kemas. Ini tak, ko boyak..itu yg buat ko cpt nmpk tua.
setuju ….jaga diri bagi slim… jaga kulit, tapi penampilan dan kekemasan diri jugak perlu duit – nak beli produk, nak beli baju, nak jaga kulit
kalau xde duit — muka hensem pun boleh nampak comot
Sama jek rupa dia dulu dgn skang cuma dulu dia x pandai berfesyen, xkna dgn style. Skang dia berisi skit, dulu dia kerempeng
Style rambut je tu. Aku dulu pon rambut m sekarang dah elok sikit. wahahahahahah
aku nak nasihatkan artis/celebrity laki kt malaysia ni..kalau ada rupa..alhamdulillah..kalau takde tu..kuruiih pulak tu..bawak2la pg gym build badan sikit..serious..mcm aliff ni…he’s right..not about money at all..