fbpx

Alicia Amin Seru Model Boikot Bekerja Dengan Vivy Yusof

Beberapa hari lalu hangat diperkatakan jenama tudung popular dUCk Scarves oleh usahawan terkenal Vivy Yusof didakwa telah menciplak idea photoshoot tudung seorang personaliti TV & model, Sleepyllama.

Isu itu menjadi bualan ramai netizen, malah ada yang mendakwa itu bukan pertama kali perkara itu terjadi. Perkara itu mendapat perhatian model sensasi Alicia Amin yang ternyata tidak gembira dengan kontroversi tersebut.

BACA: Vivy Yusof Didakwa Ciplak Idea Rekaan Jenama Lain?

Malah, menerusi perkongsian di Insta Story menyeru model-model yang lain untuk memboikot serta tidak menerima sebarang tawaran daripada Vivy Yusof serta jenama usahawan tersebut sebagai tanda solidariti buat Sleepyllama.

Turut memberikan pendapatnya tentang isu berkenaan, Alicia berkata perkara seperti itu bukan lagi ‘tak sengaja’ kerana ianya sudah berulang kali terjadi.

Malah, Alicia berkata Vivy mendakwa dia mengambil berat tentang jenama kecil tapi itu tidak menghalang untuk mengambil idea yang sama. Alicia mendakwa juga Vivy juga turut ‘main harga’ murah untuk sebarang photoshoot dengan alasan tiada bajet.

Dalam pada itu, Alicia berkata ada banyak cara untuk melakukan photoshoot berkaitan ‘Art Studio’ dan hanya boleh Google sahaja. Alicia turut membandingkan kedua photoshoot yang dilihat hampir sama dari segi tema dan pengcahayaan.

Terdahulu, Vivy menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan bahawa rekaan tudungnya adalah rekaan asli. Jelasnya, pereka-pereka tudungnya telah berusaha keras untuk menghasilkan rekaan tersebut buat peminat-peminat jenama dUCk.