fbpx

Vivy Yusof Didakwa Ciplak Idea Rekaan Jenama Lain?

Baru sahaja reda kontroversi susulan kenyataannya didakwa menghina golongan B40 dan M40, timbul lagi isu hangat melibatkan usahawan terkenal Vivy Yusof apabila didakwa telah menciplak corak rekaan tudung seorang personaliti TV & model, Sleepyllama.

Corak rekaan tudung oleh Sleepyllama atau nama sebenarnya Nia Atasha itu penah dikeluarkan pada tahun 2018 itu dilihat hampir sama dengan koleksi tudung terbaru jenama dUCk yang dilancarkan semalam.

BACA: Vivy Yusof Sumbang 1,700 Tudung Bernilai RM255,000 Kepada Frontliners

https://www.instagram.com/p/B_hetcqpHBu/?utm_source=ig_embed

https://www.instagram.com/p/B_hitFRFkf7/?utm_source=ig_embed

Isu tersebut turut mendapat perhatian netizen apabila Nia memuat naik gambar untuk membandingkan rekaan dan konsep photoshoot miliknya dengan koleksi terbaru yang digunakan Vivy, The Artsy Duck.

Bagaimanapun, Vivy menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan bahawa rekaan tudungnya adalah rekaan asli. Jelasnya, pereka-pereka tudungnya telah berusaha keras untuk menghasilkan rekaan tersebut buat peminat-peminat jenama dUCk.

 

“Bagi kempen untuk koleksi ini, memandangkan ia digelar Artsy dUCk, kami berpendapat sesuai untuk mengadakan tema studio artis.

“Sudah ramai yang membuat konsep sebegini tetapi seperti biasalah, jika dUCk yang buat, orang ramai akan berkata, jom boikot dUCk,” tulisnya.

Malah, menerusi Instagram, Vivy menjelaskan tudung dari Sleepyllama itu dikeluarkan pada pada Disember 2018 dan produknya yang menggunakan rekaan tersebut telah dibincangkan sejak bulan Jun pada tahun yang sama.

Bagaimanapun, Nia tidak hanya berdiam diri dimana dia turut menunjukkan bukti email dimana rekaannya itu telah dibincangkan sejak bulan Mei.

Ini bukan kali pertama Vivy Yusof didakwa menciplak rekaan jenama lain, sebelum ini tular apabila Fashion Valet dikatakan telah menciplak rekaan pereka untuk jenama kecil. Difahamkan, koleksi Artsy dUCk dijual pada harga RM200 sehelai.