Semalam, usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri mengadakan sidang media serta membuat permohonan maaf secara terbuka apabila dikatakan punca kemelut antara Ali Puteh dan balu arwah Abam Bocey, Noor Hidayah.
Menurut Aliff, dia tiada niat untuk melaga-lagakan mana-mana pihak apatah lagi mengambil kesempatan dia atas apa yang berlaku. Aliff berkata Ali tidak patut menuduhnya punca kemelut mereka serta mendakwa konflik antara mereka sudah lama berlaku.
BACA: Ali Puteh Tetap Tak Izin Aliff Syukri Buat Live Jumpa Ibu
“Saya memohon maaf sebab tidak ingin perkara ini diperbesarkan… saya hanya insan yang kerdil, tersepit dan tidak tahu apa sebenarnya isu ini.
“Tak patut Ali kata saya perlu bertaubat dan tuduh saya punca korang bergaduh padahal korang sudah ada konflik dah lama.
“Istilah saya mengambil kesempatan, mengaut keuntungan sebenarnya tidak betul. perkara ini ibarat penghinaan buat saya,” katanya kepada mStar Online.
Dalam sidang media itu, Aliff berkata dia bersedia untuk bertemu dengan Ali Puteh serta keluarganya untuk memohon maaf dan tetap dengan pendiriannya akan mengadakan secara langsung di media sosial.
Bagaimanapun, Ali Puteh tetap tidak membenarkan Aliff untuk membuat siaran langsung untuk merakamkan pertemuan tersebut.
Terdahulu, Aliff memberitahu video yang disiarkan itu hanya 10 peratus dan ada perkara yang masih disimpan kerana tidak mahu mengaibkan sesiapa.