Ali Puteh Tetap Tak Izin Aliff Syukri Buat Live Jumpa Ibu
Dikatakan punca kemelut antara pelawak Ali Puteh dan balu Allahyarham Abam Bocey iaitu Noor Hidayah, akhirnya Datuk Seri Aliff Syukri tampil memohon maaf secara terbuka dalam satu sidang media semalam.
Aliff berkata dia bersedia untuk bertemu dengan Ali Puteh serta keluarganya utnuk memohon maaf, bagaimanapun dia tetap dengan pendiriannya akan mengadakan pertemuan itu secara langsung di media sosial.
BACA: “Saya Akan Buat Live Permohonan Maaf Pada Ali Puteh & Keluarga”
Tidak mahu memanjangkan perkara itu, Ali Puteh berkata dia sudah pun memaafkan usahawan tersebut, namun tetap tidak membenarkan Aliff untuk membuat siaran langsung untuk merakamkan pertemuan tersebut.
“Masa di sidang media Jumaat lalu, sudah saya katakan yang saya maafkan dia. Antara saya dengan dia tiada urusan lagi, cuma minta dia datang berjumpa dengan ibu dan keluarga.
“Seperti yang saya katakan, dia perlu bertemu dan memohon maaf kepada ibu saya tanpa ada kamera. Saya tidak akan membenarkan sekiranya dia ingin merakam atau membuat live.
“Sebab ini soal maruah keluarga, minta hormat hal keluarga bukan untuk tatapan umum. Cukuplah kami sekeluarga dihina dan dicaci,” katanya kepada mStar Online.
Terdahulu, Aliff berkata dia tiada niat untuk melaga-lagakan sesiapa. Ujarnya lagi, meskipun tidak mengetahui kesalahan apa yang dilakukannya dia tidak mahu terus dituduh penyebab kedua keluarga itu berpecah belah.
- SUMBER
- mStar Online
Nsib ko la aliff.bla da buat psl..ikut je la.xkn suma bnda nk wat live.pada2 la,cer stu ari hdup tnpa hp dn kmera n u tube.x mati pnn
Mamat ni menang PU ke menang maharajalawak??…sembang kari.
Boikot ajela Ali hitam ni dari dunia seni…buat semak aja, dah la bodoh sombong mulut longkang pembuli, lagi nak cerita pasal maruah…ptuiii la
takut kantoi lg ke?
kepamnyee kentot akk hr ni.. bau peti rosak baru bukak. kentot seluar ketat mmg susah
Macam ni ni Dato2 aliff, buat surat permohonan maaf jika datuk betul2 mahu minta maaf. Tetapi Datok minta mereka tandatangan. Datuk byk pekerja pengurusan, mesti ada yg pandai buat surat tu. Lepas tu bila dh di tandatangan oleh mereka tntg penerimaan mohon maaf, datuk tunjuklah surat tu.
Sbb apa tau datuk, jika org tak benarkan, dato kena ikut. Kalau datok dh buat permohonan maaf melalui surat itu lagi formal dri video tu.
Kalau mereka tak mahu kedua2 nyer, datok dah berusaha utk menunaikan perkara tersebut, jdi datok anggap shj, saya sudah berusaha, selebihnya bergantung kepada mereka dn serahkan shj pada Allah.
laluan sudah dibuka utk menerima kedtgan datuk, bkn mereka x bagi. Sebb apa tauw datuk, jika video2 ni payah sikit sbb nyer adalah ” live”..
datuk fhm sendiri erti live.
Datuk sendiri ckp, mati bila2 masa shj kan sbb tu datuk nak buat. Buat tak semestinya di rakam..huhhuhuhuhu….
Apasal lak kau nak suruh Aliff Syukri ni mintak maaf kat mak kau. Kau dgn mak kau yg naya anak sedara & kak ipar kau. Kalau tak dgn sbb Aliff ni org tak tau perangai buruk kau dgn mak kau berebut harta anak yatim. Dasar nak cari publisiti murah. Last2 kantoi. Buruk perangai sungguh.
Dah-dah la PU Ali. Dah terlebih dah ni.
Beriya-iya nak cover sampai overdone dah. Orang kata nak cover atau nak menipu ni buat sikit-sikit la, kalau berlebihan nanti orang nampak.
Dah nampak dah pun.
Empati langsung takde. Kalau seringgit pun kau nak faraidkan instead of halalkan atau sedekahkan bahagian kau, tak payahlah nak cakap lebih2.
Aku setuju dgn kau melati…mmg buruk sungguh klrga Ali puteh ni…selama ni bergantung hidup dgn arwah…tiba2 hilang tempat berpaut, jadi macam orang hilang akal.
Dia org tak kesian ke dgn arwah kat alam sana, sedih arwah bila balu dan anaknya diperlakukan macam ni.
Abam ada banyak harta ke ? .yang dok bosing berebut tu .
Ali da menang aritu x cukup lagi ke duit ratus2 ribu? Waah tamak sungguh. Kalau x sebab nak duit arwah x de nye kecoh sampai macam ni. Doohhh
Ali takut dayah tuntut harta arwah.. especially tumah arwah tu la.. Ali siap ckp, rumah tu bkn harta sepencarian, sebb arwah beli sblum kawen ngn dayah lg.. dayah masuk rumah tu bwk beg baju je.. nmpk sgt takutnye… siap nak bgtau to public pasal harta arwah.. ko rse??
Duit dalam wallet nak faraid, rumah faraid lah juga Ali.
Rumah tu hak anak dia ….. Tolong la … Buian kau nak jaga anak dia nanti … Lepas dpt angkat kaki …
Last last DAP jugak yang salah ..