fbpx

Ali Puteh Tawar RM500 Cari Wanita Kutuk Isteri Menangis Jual Kereta

Semalam, pelawak Ali Puteh meluahkan rasa syukur berjaya mengumpul RM75,000 selepas menjual beberapa trofi kemenangannya, kereta Honda Accord dan motosikal jenis RXZ.

Lebih sebak apabila isterinya menangis apabila terpaksa melepaskan kereta mereka. Namun, ada wanita memperlekehkan tindakan isteri Ali yang sepatutnya gembira suaminya mahu melangsaikan hutang.

BACA: Jual Kereta, Motosikal & Trofi, Ali Puteh Syukur Berjaya Kumpul RM75,000

@aliputeh89

Aku agak dah akan muncul mcm ni… Isteri aku pulak kau petik… Ade spe boleh cari kan manusia ni?? Dengar duduk johor…esok kebetulan ke johor…soe ade no atau alamat rn500 sy bagi…kau petik bini aku ekhhh

? original sound – aliputeh – aliputeh

Kata wanita itu lagi, sekiranya suami meninggal dunia, hutang tersebut harus ditanggung oleh warisnya iaitu anak-anak Ali kelak.

“Kau jenis perempuan apa ni? Kau suka laki kau hutang sana sini, lepas tu korang enjoy korang tak nak bayar hutang orang lain. Mana boleh,” kata wanita itu.

Seperti sudah dijangka, video wanita itu mendapat perhatian Ali yang mahu mencari wanita tersebut serta menyediakan ganjaran jika ada pihak membantunya mencari individu berkenaan dipercayai menetap di Johor.

Dalam pada itu, Ali berkata dia sudah menjangkakan video isteirnya itu pasti akan menjadi perhatian ramai.

“Aku agak dah akan muncul mcm ni…Isteri aku pulak kau petik… Ade siapa boleh cari kan manusia ni??

“Dengar duduk johor…esok kebetulan ke johor…sispa ada nombor atau alamat RM500 saya bagi…kau petik bini aku ekhhh,” tulisnya.