fbpx

“Isteri Arwah Sendiri Yang Mahu Keluar Dari Rumah”

Sejak Rabu lalu hangat diperkatakan apabila adik kepada Allahyarham Abam Bocey iaitu Ali Puteh memuat naik status berbaur hinaan terhadap balu abangnya iaitu Noor Hidayah berkaitan harta sekaligus menimbulkan kemarahan netizen.

Difahamkan, perkara itu berpunca daripada temubual Datuk Seri Aliff Syukri yang bertanyakan soalan tidak sepatutnya kepada balu Abam serta bersifat provokasi berkaitan harta peninggalan arwah suaminya.

BACA: “Kenapa Nak Marah Aliff Syukri Sedangkan Ali Puteh Gelar Kakak Ipar Binatang”

Ramai menantikan penjelasan Ali Puteh susulan kenyataannya menggelar kakak iparnya ‘binatang’. Akhirnya Ali tampil menjelaskan perkara sebenar serta memohon maaf terlebih dahulu di atas ketelanjurannya itu.

Ali berkata telefon bimbit dan dompet arwah diambil untuk menguruskan segala hal berkaitan kerja serta hutangnya. Ujarnya, sebelum ini dia yang menguruskan hal kerja abangnya dan dia jugalah pembantu peribadi arwah.

https://www.instagram.com/tv/B8yYjR5BkE3/?utm_source=ig_embed

Kata Ali lagi, apabila selesai segala urusan telefon tersebut akan diserahkan kepada balu arwah. Ujarnya, segala urusan berkenaan harta arwah sudah dimaklumkan kepada kakak iparnya dan turut dipersetujui.

Dalam pada itu, Ali menafikan dakwaan kereta tidak boleh diambil kerana sudah menjelaskan status dua kenderaan milik arwah kepada Hidayah.

Ali turut menafikan dakwaan Hidayah dihalau keluar sehelai sepinggang dari rumah sedangkan kakak iparnya membuat keputusan untuk keluar pada hari keenam arwah abangnya meninggal dunia.

“Isu dia dihalau keluar, kita tahu dia adalah balu dan anak itu waris. Kita perlu menjaga waris ini bukan kerana kita nak ambil harta dia. Kita nak besarkan seperti bapa dia membesar, bukan dengan kekayaan tetapi dengan kehidupan sederhana.

“Isu dihalau keluar tidak wujud tetapi dia sendiri yang mahu keluar. Kalau ikut hukum agama dia masih dalam edah. Tapi pada hari keenam arwah meninggal dia sudah mengambil keputusan untuk keluar,” katanya.