Ali Puteh Diminta Bayar RM30,000 Jika Mahu Kembali Instagram
Akaun Instagram miliknya digodam dan hilang lebih 400,000 pengikut, pelawak Ali Puteh mendedahkan individu tidak bertanggugjawab itu meminta sebanyak RM30,000 jika mahu akaun itu dikembalikan,
Bagaimanapun, Ali berkata dia tidak akan mengikut permintaan itu dan akan membiarkan sahaja Instagram tersebut serta mendoakan agar pencuri itu sempat bertaubat sebelum menemui ajal.
BACA: Ali Puteh Tetap Tak Izin Aliff Syukri Buat Live Jumpa Ibu
“Alhamdulillah ini akaun Instagram saya yang dicuri itu. Mahukan duit rupanya. Semoga Allah terima taubat kamu. Allahuakbar,” tulisnya.
Ali memberitahu bukan sahaja akaun Instagramnya sahaja dicuri malah akaun IG isterinya juga turut menjadi mangsa oleh individu yang sama. Dalam pada itu, Ali berkata dia reda jika tidak mendapat semula akaun Instagram berkenaan.
“Selepas saya balas mesej itu, individu tersbeut hanya gelak sahaja. Tak apa saya tak kisah pun dia nak ambil Instagram itu dan saya reda jika tidak dapat semula akaun IG itu.
“Tapi saya rasa dia orang yang sama juga godam IG isteri saya. Sebab pada masa yang sama, dia mesej lagi kepada saya tapi menggunakan akaun IG isteri saya itu,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
Kalau betul org ni minta RM30 K, report polis. Mcm dah jadi kes blackmail kan?
Bullshit la! Report police la case macam ni kalau kau berani. Sape kau? Orang lain lagi hebat tak pernah kena macam ni hahaha
Nk cover cerita maki bekas kakak ipar & duit faraid ke??
Apa bodo kau ni nenek..benda betol berlaku nk coverr kepala bapak kau
Amboi Minor.. cuba cakap elok2 sikit kat nenek tu..
Org tua, biasa la, bkn tau cerita tu betui ke dak.