fbpx

Ali Puteh Nasihat Pelawak Baru Jangan Riyak

Pelawak Ali Puteh berkongsikan nasihat kepada mereka diluar sana yang mahu mencuba nasib dalam uji bakat dalam bidang ini supaya tidak sia-siakan peluang yang ada.

Berkongsikan kisahnya, Ali berkata masalah kewangan antara kesukaran dilalui ketika menghadiri uji bakat program tersebut sekitar tahun 2009.

BACA: Tak Mahu Bermusuh Dengan Hidayah, Ali Puteh Sedia Untuk Bersemuka

“Dua tahun saya mencuba nasib pergi uji bakat sebelum betul-betul diterima untuk muncul di televisyen. Ketika itu saya tidak dapat pergi ke semua tempat uji bakat kerana tiada modal yang cukup.

“Program sebegini sudah lama tidak ada. Jadi kepada sesiapa yang mahu cuba menjadi pelawak janganlah sia-siakan peluang yang ada,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Ali turut meminta supaya bakat baru diluar sana supaya menjadi diri sendiri dan jika sudah masuk dalam industri perlu saling hormat satu sama lain.

“Saya amat mengalu-alukan kehadiran pelawak baharu dan nasihat saya supaya jadilah diri sendiri. Janganlah cuba meniru Zizan Razak, Nabil atau Johan.

“Apabila diterima nanti jangan pula terlalu riyak dan saling menghormati orang-orang dalam bidang ini,” katanya.

Difahamkan, Ali bakal menjadi juri dalam salah satu lokasi pencariab bakat baru program Awesome Raja Lawak untuk siaran Awesome TV.