fbpx

Tak Mahu Bermusuh Dengan Hidayah, Ali Puteh Sedia Untuk Bersemuka

Sudah dua tahun berlalu, kemelut antara pelawak Ali Puteh dengan balu kepada Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah Mohd Ali masih hangat diperkatakan lagi.

Memetik OhBulan, Ali berkata dia bersedia untuk bersemuka dengan Hidayah untuk menyelesakan segala kemelut yang berlaku. Ali berkata lagi, dia tidak mahu jika ada pihak yang sengaja mahu menjadikan kisah mereka menjadi tontonan umum

BACA: Dua Tahun Tiada Job, Ali Puteh Bergantung Dengan Duit Simpanan

“Saya bersedia untuk bersemuka dengannya dan menyelesaikan semuanya secara baik. Sebelum ini satu sebuah stesen televisyen yang mahu temukan kami, tetapi bagi saya jika mahu berdamai tidak perlulah diberitahu kepada khalayak. Tidak perlu dihebahkan atau diviral.

“Tak perlu! Kalau saya jumpa pun, biarlah saya lakukan sendiri. Kalau kita nak bermusuh selamanya pun tak ada guna. Aib keluarga saya tak pernah hebahkan pun,” katanya.

Dalam pada itu, Ali berkata dia sedia membantu Hidayah untuk menyelesaikan hal berkaitan tuntutan faraid.

“Dia juga boleh berjumpa saya untuk selesaikan segala masalah berkaitan dokumen bagi tuntutan faraid dan sebagainya tanpa sebarang syarat.

“Emak dah meninggal dunia. Hanya tinggal ayah saya saja. Datang la jumpa kami, dia perlukan tanda tangan dari ayah. Tuntutan faraid itu bukan kerja solo. Kalau dia datang kenapa saya nak bertekak?,” katanya.

Februari lalu, balu kepada Allahyarham Abam Bocey, Nor Hidayah Mohd Ali menang kes saman fitnah dan Ali Puteh diperintah membayar ganti rugi RM60,000 kepada kakak iparnya.