Ali Puteh & Keluarga Tak Pernah Halang Proses Faraid
Pembahagian harta peninggalan abangnya, Allahyarham Abam Bocey sudah pun selesai, Ali Puteh mengakui lega dan menerima baik keputusan Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam yang menetapkan pembahagian mengikut hukum syarak.
Mengulas mengenai ibunya iaitu Sabariah Arshad gagal menghadiri prosiding hari ini adalah disebabkan keadaannya yang berkerusi roda. Malah, dia juga mempunyai urusan membawa isterinya menjalani pemeriksaan doktor.
BACA: Hidayah Syukur Tuntutan Faraid Selesai, Ibu Mentua Tetap Dapat Bahagian
“Alhamdulillah saya pun baru baca laporan media berhubung perkara itu. Saya tak hadir sebab bawa isteri pergi pemeriksaan doktor. Dia kan nak bersalin dan lagipun prosiding itu tiada kaitan dengan saya.
“Ibu saya pulak kan pakai kerusi roda..Macam mana nak datang. Bagi saya, itu yang paling terbaik bila dah jadi begini. Baguslah, benda itu (harta peninggalan Abam) memang perlu difaraidkan,” katanya kepada Astro Gempak.
Dalam pada itu, Ali mengatakan dia dan pihak keluarganya tidak pernah menghalang proses faraid seperti didakwa segelintir pihak.
“Memang saya tahu, orang cakap saya macam itu yang saya dan keluarga saya cuba menghalang proses tersebut. Orang anggap saya yang salah.
“Sedangkan masa sidang media yang saya pernah adakan beberapa kali sebelum ini pun dah cakap memang kena faraid ikut hukum Islam. Sebab itu yang sepatutnya,” katanya lagi.
- SUMBER
- Astro Gempak
In the first place, u should hve waited for the faraid to take place bfore making lots of comments.
ooo..pakai kerusi roda tak boleh gi mahkamah ke….baru sya tau ..
Alasan taik
Nak bukti check doktor boleh x?
Aku baca boleh tp susah nk percaya LOL.
Result pun baca from media. Aporr? You were in this at the very beginning, don’t you want to face @ see the result yourself?
Cakap sruuh jumpa kat mahkamah tp kau hadirnya pun tidak. Whatever lah Labu~~~~
Spin la lagi
tgh bersangka baik la ni. maklum la ali pun mmg sorang je anak puan sabariah. dia mn ada adik beradik lain, kalau nk ke mana2 mmg harap Ali sorang je.makna nya apa yg hidayah tuntut tu mmg wujud la, bukan fantasi mcm Ali claim. Ali kata dia tak ada kena mengena tp kereta dia pegang, rumah dia ddk, kad bank dia simpan, hp di ambil. konon2 nk settle kan tp 6 bln berlalu tanpa apa2 tindakkan. patut la puan sabariah syg abam lebih sbb dia mmg tak boleh harap.
kah… kah… kah… akhirnya! terbela sudah nasib hidayah & anak. lepas ni jangan ganggu lagi hidup diorg ok. kau pandai2 la sara hidup sendiri.
Velfire tu mana brader…lelong ke? Betul ke? X caya ko ni
hahahahahahha…..yelatu
huhu..alasan x munasabah… ckp x hadir sbb x de kaitan..dh tu npe sibuk ngn harta arwah abam sebelum ni…aduiyaiii
Jijik!
Yg mana komen tu memng terbaik sebb sibuk hal keluarga org ..he…he…tpi aku pon ada dngr ceramah kt tv ..setiap kata2 manusia yg menfitnah atau bersangka buruk pahala tu dpt kt org yg dikata…nk kata aku ni ustaz xlh tpi tulh…bnyk yg ckp best dan sibuk tepi kain org..udah2 lh k…bagi aku pulak jaga lah keluarga masing2 jngn nk membawng sangt lh k…apa2 pon klu xde yg membawng xmeriah pulak kn…..oklh asslmkm semua….
Kalau x pernah halang proses faraid kenapa x dari mula guna cara faraid je?
xde la kecoh satu Malaysia!
Lain kali belajar english betul2. Pastikan tahu beza summon dan sue.
Kalau tak hantar surat summon untuk ahli keluarga yang layak dapat hak faraid hadir bicara kes di mahkamah, macamana kes faraid nak selesai?
Jangan salah sangka fitnah dayah nak saman ibu mertua.
Ni baru peringkat pertama dayah…ada byk lagi beribu step nak kena tempuh..sblum semua harta dpt diberi ikut faraid dpt merasa. Cth kalau kereta dibeli arwah (arwah yg guna) tapi telah diberikan hibah semasa hidup pada ibu dan pemilik diletakkan nama ibunya…maka harta tu tidak boleh lah difaraidkan. Harta arwah kena ada bukti cth nama arwah kat geran) dsb. Sekian.
Velfire Abam dah kne lelong tol ker???
Faraid tu apa tuuu?
iols pun dah tatau yg mana ujung yg mana pangkal dah citer psl faraid2 dorg nihh.. jenuh dah nak backlog.. lantak kome la..
3-5 thn jugak faraid ni nk setel bkn sebulan dua wei
Hansem Ali ni kan? Taste I mmg esotik sket. Korng apa tau?
Tertiba pulak claim hal mahkamah tak berkenaan dengan dia. Masa dia claim nak susun harta, dia berkenaan la pulak.
Last last makamah jugak kan yang “SUSUN” harta Abam. Apooo !!!
lepas nie …hubungan tak mesra seperti dahulu.
Semoga hidayah tabah…jaga family…berhati hati.
To Ali, cari kerja sendiri..jaga mak. No more fighting for your brother share….
Dapat harta faraid…tanggungjawab jangan lari…
Al Fateha …
@Sally .. setuju. Makcik dah dpt harta faraid, sila jaga makan minum, pakai, tempat tinggal hidayah dan lagi sekolah anak arwah yer. Kalau makcik tak mampu, Ali wajib ambik alih. Haaa..ni baru betul
harta faraid bukan utk u ali wey. u dah tanya tak anak buah u yg yatim tu, dia pwrlu apaw tak, duit tu la yg u guna nak bagi dia sampai dia dah boleh berdiakari. u dah byk duit, nak tamak lg ye ali