Ali Puteh Janji Selesai Hutang RM60,000 Hidayah Sebelum Aidilfitri
Pelawak Ali Puteh memaklumkan pihaknya akan menjelaskan bayaran RM60,000 kepada balu Allahyarham Abam Bocey iaitu Siti Norhidayah sebelum Hari Raya ini.
Memetik BH Online, Ali berkata dia akan membuat bayaran penuh seperti yang diminta selepas permohonan bayaran ansuran ditolak.
BACA: “Saya Bukan Penjenayah, Pelik Sampai Kerjaya Saya Terjejas” – Ali Puteh
“Dari awal saya mohon untuk bayar secara ansuran, tetapi ditolak. Jadi, saya akan usahakan untuk bayar serentak dengan penuh seperti yang diminta. Insya-Allah, sebelum Aidilfitri ini saya akan selesaikan.
“Apa nak buat, saya tak boleh nak menidakkan sebab ini kerja Tuhan. Tak mengapa, saya bincang dengan isteri, kami akan usahakan apa yang termampu biarpun terpaksa bergadai.
“Saya pun sudah hubungi peguam saya semalam (kelmarin), dan rasanya hari ini (semalam) surat pun sudah dihantar. Insya-Allah, sebelum Aidilfitri selesai,” katanya.
Dalam pada itu, Ali mengakui sudah lama tidak menerima tawaran kerja seni dan kini berniaga melalui media sosial. Ujarnya, dia berharap isu itu tidak berpanjangan apabila bayaran tersebut sudah dilunaskan.
“Memang tawaran kerja tidak seperti sebelum arwah Abam meninggal dunia, rasanya sudah lebih kurang enam bulan saya tiada ‘job’. Sekarang saya berniaga dalam media sosial. Saya gunakan platform apa yang ada untuk cari duit.
“Jadi, saya gunakan apa yang saya ada untuk selesaikan bayaran balu Abam. Saya harap bila bayaran selesai, isu ini tidak berpanjangan,” katanya.
- SUMBER
- bh Online
Baguslah tu. Mohon Allah permudahkan segalanya dan lepas ni jangan jadi BEBAL lagi.
Padan muka. Mcm ni je nak ajar dia.
Moga dipermudahkan. Namun kalau dia masih tak mengambil iktibar akibat perbuatan sendiri, tiada pengajaran yang dia dapat. Apa2 pun tunggu lah apa lagi dia nak meroyan nanti bila tak dapat setel sebelum raya ni.
Boleh pulak cari duit bayar penuh rm60k ? Sebelum ni banyak beno alasan Ko.
Kalau aku jadi Dayah bukan takat rumah aku tuntut, tuntut semua sampai muflis