“Saya Bukan Penjenayah, Pelik Sampai Kerjaya Saya Terjejas” – Ali Puteh
Pelawak Ali Puteh mengakui sudah lama dia tidak menerima sebarang tawaran kerja seni dan kini dia berniaga di media sosial.
Memetik Harian Metro, Ali berkata dia akan menggunakan segala platform miliknya untuk menjelaskan bayaran sebanyak RM60,000 kepada balu Allahyarham Abam Bocey iaitu Siti Norhidayah.
BACA: Ali Puteh Terkejut Rumah Arwah Ibu Bakal Disita
Ali juga turut meluahkan rasa pelik kerana dia bukan seorang penjenayah namun kerjayanya terganggu sedangkan apa yang berlaku hanyalah hal urusan keluarga.
“Memang tawaran saya tidak seperti sebelum arwah Abam meninggal dunia, rasanya sudah lebih kurang enam bulan saya tiada ‘job’. Sekarang saya berniaga di media sosial. Saya gunakan platform apa yang ada untuk cari duit.
“Jadi saya gunakan apa yang saya ada untuk selesaikan bayaran balu Abam. Saya kesal sebab saya bukan penjenayah, di mana saya digari dan dimasukkan dalam penjara, sebaliknya ini hanyalah urusan keluarga tidak membabitkan jenayah, jadi saya pelik sampai begini kerjaya saya terganggu.
“Saya merasakan ia tak adil. Tapi nak buat macam mana, saya harap bila bayaran sudah selesai, isu ini tidak berpanjangan,” katanya.
Mengulas mengenai rumah arwah Abam yang diminta oleh Hidayah, Ali berkata dia tidak boleh menyerahkannya kerana rumah itu adalah rumah pusaka arwah ibunya.
Ujarnya lagi, pihaknya akan membayar saman tersebut secepat mungkin bagi mengelakkan rumah tersebut dari disita serta meluahkan rasa pelik mengapa harta arwah ibunya pula yang mahu disita.
“Ada perselisihan faham mengenai rumah itu yang merupakan pusaka arwah emak saya. Banyak pula peguam bersuara dan saya juga sudah hubungi peguam balu Abam dan mereka minta saya jawab di mahkamah. Tapi saya malas nak teruskan hal ini di mahkamah lagi.
“Jadi kami tolak tepi perkara itu sebab mereka tak tahu apa jadi dengan keluarga kami. Dan selepas berbincang dengan kakak dan adik saya susulan rumah itu disita, kami akan sediakan bayaran saman untuk rumah itu secepat mungkin. Insya-Allah rumah itu akan selamat.
“Kalau selepas kami bayar pun dia mahu ambil rumah arwah emak saya itu, tidak tahulah. Kita sudah bayar, dia nak apa lagi? Sedangkan dia minta kami bayar sebab kami tak bayar saman lagi dan sebab itu ia disita. Tapi kami pelik bukannya sita harta saya sebaliknya harta arwah emak saya,” katanya.
- SUMBER
- harian Metro
Kau memanjang rasa pelik.itu pelik, ini pelik
Klu kita kurang belajar serba serbi, kita akan rasa pelik dgn apa yg terjadi di sekitar kita dan di seluruh dunia.
Utk hilangkan pelik, sama2 lah kita belajar.
Bila kita byk membaca, kita akan tahu penjelasan disebalik apa yg terjadi, dan dah x rasa itu sesuatu yg pelik
Amat malang, ramai netizen sekarang otak beku. Mudah dihasut oleh yang pandai berlakon untuk membenci Ali. Hati busuk dan JAHAT betul!
Tingkatkan ilmu hukum agama, dalami ilmu faraidh dan hukum agama…jgn la tunjuk kejahilanmu sgt2….sudah2 la…dulu sekolah taknak belajar betul2….dah tua bangka ni celik la sikit..ni tak gentleman langsung…jadi kat bini kau…apa kau rasa…jgn la ambik duit anak yatim…tunggu nanti anak2 kau yatim benda yg sama terjadi…apa kau rasa
gelak kang dosa hadui
Ali ni bkn x faham hukum sbb dah bnyk pun org yg ahli dlm bab harta pusaka dan undang2 dah terangkan kt socmed. Kalau kau x puashati fight la lwn balik kt mahkamah bg bukti tunjuk yg ko tu betul. Benda ni kalau ikut undang2 mmg tunjuk bukti dan fakta sapa berhak dan sapa x layak dpt hak! X timbul cerita itu rumah pusaka arwah emak awak ke atau apa! Awak rasa ada bukti pergi ke mahkamah cabar keputusan yg mahkamah dah keluar tu! Sembang dgn adik beradik awak bkn boleh ubah apa2 pun! Awak bising kt media pun benda tu tetap x berubah pun sbb isu melibatkan undang2 ni kena bawa ke mahkamah juga utk dpt keputusan yg adil.
Ali, aku rasa kau lupa rezeki ni dr Allah. Bila kita laksanakan tggjwb, menyara ank2 arwah yg skrg tggjwb kau, maka lapang lah rezeki kau. Namun sekiranya kau memilih utk menyulitkan keperluan asas mereka, maka Allah sulitkan urusan rezeki kamu.
Xde kene mengene urusan keluarga ke, urusan jenayah ke. Rezeki dan nikmat ditarik ni punca dari diri sendiri. Kau kena perbaiki sikap kau.
Ye Ali..perbaikilah diri ko tu.
Pergi belajar dengan Ghani Gelang. Dia utusan untuk ko.
GhAni gelang = ali puttt
Lagi pelik kenapa sampai sekarang masih tidak sedar kalau dah bukan hak sendiri jangan nak berlagak bagus segalanya.Sudahnya,kena bayar saman.Sudah-sudahla berlagak tak habis-habis aniaya orang.
ya betul aku sokong ghani rantai
tu la aku sokong ghani cincin n ghani rantai.. ali puteh blja la dari ksilapan tu,,, jgn bongkak sgt
aku sokong ghani loket jer
Owh..ya ke..apa² je lah. Janji bahagia.