fbpx

Ali Puteh Dipuji Beri Kata Semangat Pada Aliff Syukri

Sejak kebelakangan ini ada saja kontroversi panas terpalit usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri. Paling hangat diperkatakan apabila Aliff menemubual baru Arwah Abam sehingga timbul kemelut antara Ali Puteh dan kakak iparnya.

Malah, Ali juga mendakwa Aliff cuba mengambil kesempatan untuk menaikkan rating YouTube miliknya. Bagaimanapun, tidak lama kemudian Aliff kemudian membuat permohonan maaf di atas tindakannya itu melalui satu sidang media.

BACA: Ali Puteh Panggil Netizen Anjing Sebab…

Baru-baru ini, Aliff sekali lagi dilanda kontroversi apabila didakwa memukul anak angkatnya. Kecewa dengan fitnah dan kecaman diterima, Aliff tampil dengan single terbaru berjudul, Cuba Bahagia, namun tetap dikritik hebat oleh netizen.

Kecewa kerana sering menjadi kecaman, Aliff dilihat meluahkan perasaannya di Instagram menangis teresak-esak serta mengatakan dia hanya mahu rasa bahagia sahaja.

Melalui perkongsian terbaru, Aliff ada memuat naik mesej yang dikirimkan oleh Ali Puteh kepadanya. Menerusi mesej tersebut, Ali memberikan kata semangat serta menasihatinya membaca Al-Fatihah dan sentiasa berzikir untuk menenangkan hati.

Aliff menerusi perkongsian itu mengatakan Ali sebenarnya seorang yang baik serta berterima kasih kepada pelawak itu di atas nasihat berguna yang diberikan.

Diruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur keran kedua-dua mereka sudah pun berbaik serta memuji tindakan Ali kerana meskipun sebelum ini dimalukan tetapi tetap berbuat baik.

Baguslah jika Ali Puteh dan Aliff Syukri sudah pun berdamai,  buang yang keruh ambil yang jernih. Apa pun tindakan Ali patut diberi pujian kerana tidak menyimpan dendam di atas apa yang berlaku sebelum ini.

Berita baik untuk semua! Watsons Malaysia kini sedang mengadakan promosi Beli Satu Percuma Satu untuk produk jenama Watsons terpilih di seluruh Malaysia! Jom serbu cawangan Watsons berdekat di seluruh Malaysia atau beli online di http://bit.ly/2wlS9Xq sekarang!

Promosi sehingga 30 Mac 2020 (SM), 6 Apr (SS). Tertakluk terma & syarat, sementara stok masih ada.