fbpx

Ali Puteh Balas Saman, Hidayah Mengaku Ambil RM10,000 Dari Akaun Arwah Abam

Nampaknya kemelut antara Ali Puteh dan kakak iparnya masih tiada kesudahan lagi apabila pelawak itu akui mengeluarkan saman terhadap Siti Norhidayah dan jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.

Memetik laporan Astro Gempak, saman tersebut dikeluarkan oleh Ali selaku plaintif keempat bersama ibunya Sabariah Arshad, bapa Syed Mohd Ridzuan dan kakak sulung Sharifah Norwahidah.

BACA: Balu Abam Bocey Dituduh Tak Sedih Dengan Kematian Suami

Difahamkan, kes sudah pun berlangsung di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam. Menurut Ali dia membuat keputusan untuk menyaman Hidayah susulan kakak iparnya yang mengeluarkan saman terhadapnya terlebih dahulu.

“Pihak mereka mengeluarkan saman terhadap kami dahulu. Selepas mendapat nasihat daripada peguam saya, beliau menyarankan agar kami pula mengambil tindakan terhadap Hidayah.

“Itupun selepas perbincangan dan mengambil kira beberapa faktor seperti kesan emosi kami sekeluarga sebaik sahaja video Hidayah bersama jutawan kosmetik Aliff Syukri menjadi tular.

“Banyak yang kami tanggung akibat video tersebut. Ibulah yang paling terkesan apabila kami ditohmah dan menjadi bahan hinaan masyarakat,” katanya.

Berdasarkan kes berlangsung itu, Hidayah selaku defendan kedua mengaku membawa duit tabung berisi wang kertas didakwa hasil tabungan bersama Allayarham suami dan empat utas jam tangan keluar dari rumah.

Hidayah turut mengakui telah mengeluarkan wang berjumlah RM10,000 dari akaun bank milik suaminya dan mendakwa telah memasukkan kesemuanya ke dalam akaun anak Syed Uthman Hamzah kerana bimbang direbut plaintif.

Bagaimanapun, Hidayah tidak bertanggungjawab terhadap semua kenyataan yang dibuat defendan kedua (Aliff Syukri) atau wakil atau ejennya dalam rakaman video yang tular sebelum ini.