fbpx

Ali Puteh Akan Bayar RM60,000 Kepada Hidayah Secara Ansuran

Pelawak Ali Puteh memaklumkan bayaran RM60,000 kepada kakak iparnya iaitu Siti Norhidayah secara ansuran eperti diperintahkan mahkamah.

Memetik Harian Metro, Ali berkata proses pembayaran itu masih dalam perbincangan membabitkan peguam kedua belah pihak.

BACA: “Ada Ke Dia Tanya Bil Api Air Sepanjang Tiga Tahun Kita Jaga Rumah Itu” – Ali Puteh

“Saya sudah memberitahu peguam bahawa saya bersetuju membuat bayaran ansuran kepada balu arwah dengan duit saya sendiri.

“Peguam saya juga sudah menghantar surat mengenai perkara itu kepada peguam balu arwah tetapi pihak mereka masih belum memberi maklum balas berkaitan bayaran ansuran itu,” katanya.

Ditanya mengenai kunci rumah arwah Abam yang diminta Hidayah, Ali berkata dia tidak boleh menyerahkannya kerana masih dalam kes tuntutan faraid.

“Hidayah yang menguruskan tuntutan faraid membabitkan pembahagian harta arwah dan ia masih belum selesai,” katanya.

Dalam pada itu, Ali menafikan dakwaan kakak iparnya yang mengatakan rumah tersebut terbiar serta turut mempersoalkan Hidayah mengapa sekarang baru datang melihat rumah tersebut.

“Saya kesal bila dia membuat hantaran video dan memburukkan nama saya dan keluarga. Sudah tiga tahun arwah Abam meninggal dunia dan baru sekarang dia datang nak tengok keadaan rumah?” katanya.

Terdahulu, Hidayah meluahkan rasa sedih melihat keadaan rumah yang penuh semak serta kesal apabila tidak dibenarkan masuk ke rumah arwah suaminya itu.