fbpx

Nampaknya kemelut antara pelawak Ali Puteh dan kakak iparnya, Siti Norhidayah masih tiada kesudahan lagi apabila hangat diperkatakan kembali serta timbul pula isu yang lain.

Terbaru, menerusi video yang dimuat naik semula oleh seorang pengguna TikTok, Ali Puteh dilihat sedang membuat sesi Live bersama dengan dua orang pengamal perubatan Islam.

BACA: “Bergelak Ketawalah, Ada Yang Mengejek Sebagai Jenaka” – Ali Puteh

Ali berkata dia tiada niat untuk memuat naik video tersebut namun berbuat demikian kerana pihak Hidayah yang memulakan fitnah tersebut.

@rakyat_bulan

Kena skolah dh #fyp #foryou #foryourpage #fyppppppppppppppppppppppp

? original sound – #rakyatbulan – #rakyatbulan

“Saya tak berniat tau nak buat video itu semalam, tapi pihak sana yang naikkan video fitnah itu dulu. Dia yang naikkan dulu kat TikTok dia kata dia datang ke rumah, tak ada orang bagi masuk, tak ada orang buka pintu, sejam depan pintu rumah.

“Tok saya tak duduk di situ, yang jaga rumah tu adik saya yang kecik. Kami tiga beradik je tinggal. Belakang rumah arwah Abam itu rumah kakak saya,” katanya.

Menurut Ali lagi, balu arwah Abam tidak memaklumkan kepadanya untuk datang ke rumah pada hari tersebut serta terkilan apabila Hidayah mendedahkan keadaan rumah yang tidak terurus sedangkan ianya dipotong setiap bulan.

“Semalam saya kerja Tok, hari Jumaat saya tak ada kat rumah. Datang pula tak beritahu nak datang, kalau esok datang hari minggu, mesti kami ada di rumah Tok.

“Lepas itu dia buat video kat TikTok, ini keadaan rumah, lusuh, rumput panjang. Tok, arwah Abam dah meninggal tiga tahun genap semalam. Kalau rumah tak berjaga, dah bertutup dengan sawang rumah tu.

“Rumput itu kami potong setiap bulan. Ada ke dia tanya bill api ke, bill air sepanjang tiga tahun yang kita jaga rumah itu. Tapi bila dia buat video TikTok macam itu dan upload video kepada orang, orang datangkan maki dan benci kepada saya,” katanya.

Jumaat lalu, Ali mendakwa menjumpai taburan garam kasar, daun bidara, kulit limau serta bangkai mengkarung di luar pagar rumah selepas kakak iparnya pulang.