fbpx

“Alasan Pelakon Baru Sampai Tak Boleh Tegur?”

Selepas Aziz M Osman mengeluarkan kenyataan menyindir pelakon generasi lama yang menegur pelakon baru semalam, Que Haidar yang kenyataan beliau baru baru ini menerima perhatian ramai tampil mempertahankan pendirian beliau.

Dalam satu kemaskini di Twitter, Que Haidar mempersoalkan sama ada status sebagai seorang pelakon baru menjadi satu alasan seseorang itu tidak boleh ditegur untuk kebaikan bersama.

BACA: Aziz M Osman Sindir Kenyataan Pelakon Generasi Lama

Que Haidar sebelum ini turut memuat naik satu status menyelar para pelakon generasi baru supaya tidak malas untuk memperbaiki bakat lakonan dan bukan semata mata mengejar populariti.

Kami rasa, banyak betulnya apa yang dikatakan oleh Que Haidar kerana ramai selebriti muda sekarang lebih mengejar populariti dan kontroversi dari menyumbang secara serius kepada dunia seni. Ambil sebagai nasihat ya? (rtky/m)