fbpx

“Alahai Kelakar Siapa Yang Cakap Macam Sembah Berhala”

Pasti ramai mengetahui pelakon Mawar Rashid mempunyai darah kacukan Melayu Thai, manakala ibunya pula sememangnya berasal dari Thailand. Baru-baru ini, suaminya Raf Yaakob ada memuat naik foto menunjukkan mereka memberi tanda hormat seperti menyerupai agama lain.

Foto hand gesture yang dilakukan oleh Mawar dan Raf itu menimbulkan pelbagai reaksi dari netizen yang menuduh seakan melakukan penyembahan. Menerusi gambar tersebut, Raf Yaakob terlebih dahulu menjelaskan amalan budaya keluarga isterinya itu. Katanya, hand gesture tersebut merupakan adat orang Thailand yang bermaksud tanda salam dan bukan sembah berhala.

BACA: Baru 5 Hari, Ucapan Birthday Mawar Rashid Raih RM1,000

Rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan tersebut kerana tiada isu untuk membuat hand gesture tersebut asalkan tiada niat lain. Ada juga yang mengatakan, netizen yang menyifatkan tanda hormat tersebut seperti menyembah berhala adalah individu yang akalnya sempit.

Tidak kurang juga ada yang berpndapat, netizen hanya tahu mengecam sahaja sehingga lupa bahawa di dunia ini terdiri daripada pelbagai bangsa, kaum dan adat.

Kalau ikutkan tiada salahnya untuk menghormati adat atau budaya negara lain. Tapi kalau sudah namanya selebriti, semuanya nampak serba tak kena di mata netizen.