fbpx

Akui Undi Jihan Muse, Sharifah Sakinah Risau Kemenangan Jadi Isu

Pelakon serba boleh, Sharifah Sakinah menjelaskan yang dia tidak menyangka sama sekali apabila berjaya merangkul Anugerah Pelakon Wanita Komedi Popular di Anugerah Lawak Warna yang diadakan pada Jumaat lepas di Shah Alam.

Dia yang agak terkejut semasa mengambil anugerah tersebut memberitahu kepada media bahawa dia sememangnya menyangkakan bahawa kemenangan itu akan berpihak kepada Jihan Muse kerana melihat dia lebih lawak dan versatil dalam setiap watak komedi yang dilakukannya. Malah dia sendiri turut mengundi Jihan untuk kategori itu.

“Tak sangka saya menang, mungkin peminat yang banyak mengundi. Nak kata saya lawak, saya tak lawak pun. Sebab itu saya ‘blur‘ atas pentas. Saya takut kemenangan ini jadi isu”

“Sebenarnya saya tak kisahlah kita lihat dari sudut pandangan positif pula. Saya dah biasa kena hentam dengan ‘haters’. Saya memang jangka kan Jihan untuk menang sebab saya pun undi dia. Jihan memang terbaik,“ katanya.

Tambahnya lagi, dia bukanlah pelawak tetapi lebih kepada perangainya yang gila-gila. Dia juga tidak menafikan bahawa kontroversinya yang sebelum ini melonjakkan namanya sehingga menang untuk kategori ini. Tetapi tegasnya dia tidak meminta untuk menjadikan dirinya kontroversi malah kemenangannya juga adalah disebabkan program yang diadakannya iaitu Fitness Sakinah.

BACA: Sharifah Sakinah Jelaskan Isu Tayang Perut Di Akaun Instagram

“Saya bukan lawak tapi gila-gila. Mungkin kontroversi tetapi saya tidak minta kontroversi berlaku. Kemenangan ini juga mungkin berpunca daripada ahli Fitness Sakinah”, katanya.

Sementara itu, Sakinah mengatakan bahawa kekasihnya itu tidak kisah dengan apa yang berlaku kepadanya. Baginya mereka berdua berada dalam dunia yang berbeza & kekasihnya itu tidak tahu menahu mengenai Anugerah Lawak Warna dan juga kemenangannya pada malam tersebut.

“Kekasih saya tak kisah pun, dia tanya apa itu Anugerah Lawak Warna dan dia tidak tahu langsung mengenai hal itu. Dia pun masih belum balik dari Malaysia dan kami pun tidak ada masa bersama kerana dia asyik terbang sahaja,“ tambahnya lagi. (rtky/hfz)