fbpx

Akui Lebih Dihargai Di Indonesia, Baby Shima Nafi Nak Tukar Warganegara

Sejak minggu lalu nama penyanyi dangdut, Baby Shima terpalit kontroversi dan dikecam teruk sehingga dia mengalami tekanan dan perlu mengambil ubat penenang.

Terbaru, laporan berita dari Indonesia mendakwa kononnya penyanyi itu mahu berpindah ke negara seberang itu menambahkan lagi tekanan kepada Baby Shima.

BACA: Tertekan Dengan Kecaman, Baby Shima Terpaksa Makan Ubat Penenang

Menafikan dakwaan dia mahu menukar warganegara, Baby Shima berkata kenyataan tersebut hanyalah salah faham kerana dia tidak pernah mengatakan sedemikian.

“Kecaman netizen mengenai berita itu membuatkan saya lagi deprasi…selalunya memang portal akan tulis headline macam itu walaupun tiada pun kenyataan saya mengatakan mahu pindah ke luar negara.

“Ya saya mengakui gembira berkarya di Indonesia kerana rasa lebih dihargai di sana tapi tak ada niat pun nak pindah kewarganegaraan.

“Jangan risau, saya masih mencintai tanah air saya ini. Cuma saya ada beritahu tak sabar nak balik ke Indonesia secepatnya sebab banyak projek tergendala di sana, saya pun dah ada rumah di sana,” katanya.

Dalam pada itu, Baby Shima mengakui layanan diterima dari netizen kedua-dua buah negara berbeza apabila peminat dari Indonesia lebih menghargainya hingga sanggup datang dari jauh untuk ke konsertnya.

“Boleh tengok dari komen YouTube, Instagram atau Facebook perbezaan netizen kedua-dua negara macam mana…kebanyakan mereka mendoakan saya, boleh nampak perbezaan tu.

“Semasa buat konsert di sana, peminat lebih menghargai, mereka sangguo datang dari jauh walaupun perjalanan mengambil masa berbelas jam,” katanya.