Akui Cemburu, Isteri Shukri Yahaya Tak Tengok Lakonan Suami
Meskipun suaminya bergelar pelakon terkenal dan sering memegang watak hero, bagaimanapun isteri kepada Shukri Yahaya iaitu Tya Adnan memilih untuk tidak menonton lakonan suaminya.
Menurut Tya atau nama sebenarnya, Siti Nurfathihah Ahmad, dia hanya manusia biasa yang mempunyai perasaan dan sudah tentu rasa cemburu melihat adegan suaminya pegang perempuan lain.
BACA: Shukri Yahya Pilih Nama Anak Kedua Maleeq Miqayl
“Saya bukan robot. Manusia biasa je kan. Ada perasaan. Tapi macam saya cakap sebelum ini, saya memang tak tengok cerita suami saya,” katanya.
Bagaimanapun, Tya berkata dia memahami kerjaya suaminya yang hanya mengikut tuntutan watak dan suaminya juga proesional dalam bekerja.
“Saya elakkan daripada pandangan mata saya. Suami saya profesional, dia tahu mana kerja, mana real life. Mana rakan kerja, mana isteri,” katanya.
Shukri dan Tya mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan sepasang cahaya mata, Aaira Ameena dan Maleeq Miqayl.
- SUMBER
- Astro Gempak
Cemburu kalu jgn kawin artis la. Ko duduk dgn kucing atau menerang ajer
Ahahaha betul la dia jawab tu.
Dia cuma jaga kesihatan mental dia dengan tak payah tengok je semua lakonan husband dia.
Focus business dia, focus journey kurus dia, focus sihat cantik.
Betul la tu..semua org perlu cemburu..xkisah la suami nya artis ke tak..sbb nak curang ni,keje security pun blh curang
Tindakan dia betul,xperlu tgk drama suami nya
Kalau xsama mcm realiti (kisah romantis kat drama ikut skrip) mesti hati seorg isteri akan terusik
Pengorbanan isteri seorang hero…cam Abg Aaron Aziz dulu kan…isteri dia pun berkorban…sabar jelah tak lama lagi dah ada hero2 handsome bawak watak bapak2 pulak…ada muka mcm belachan pun gatal…yg penting setia
Ermm kalau suami yg caring & sweet siapa yg x cemburu.. kalau suami saya x ada rasa nya nk cemburu.. ylh suami saya jenis yg ego.. ingat dia saja yg hero.. puiiiiii