fbpx

“Aku Tewas Maafkan Aku, Aku Terima Segala Kecaman..”

Beberapa hari lalu pelakon Zarina Anjoulie sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila tular satu video memaparkan dirinya tidak bertudung dan berpakaian mencolok mata. Video tersebut dimuat naik oleh Zarina sendiri di Insta Story miliknya.

Susulan kontroversi tersebut, Zarina kemudian dilihat memuat naik fotonya tidak lagi bertudung serta kapsyen dimana dia mengakui dirinya tewas serta memohon maaf dan bersedia menerima kecaman.

BACA: Zarina Anjoulie Buka Tudung, Tayang Buah Dada?

Rata-rata netizen mengaitkan status permohonan maaf Zarina itu dengan penampilannya yang kini tidak lagi berhijab.

Diruangan komen, rata-rata netizen dan pengikutnya meluahkan rasa kecewa di atas tindakan pelakon tersebut. Malah ada yang menyelar Zarina kerana sebelum ini sering mengkritik artis lain hipokrit tetapi sebenarnya merujuk pada diri sendiri.

Netizen berpendapat pelakon itu bertindak sedemikian kerana salah memilih kawan dan ada yang meminta Zarina munasabah diri dan ingat tentang anaknya.

Meskipun ramai yang mengecam tindakannya itu seolah mempermainkan agama, namun ada juga netizen yang mendoakan agar Zarina akan berubah ke arah lebih baik suatu hari nanti. Apa pun kita doakan yang baik-baik sahaja buat Zarina.