Meskipun sudah tidak lagi muncul di kaca televisyen, namun nama Zarina Anjoulie sering menjadi bualan ramai. Malah, Zarina juga dikenali seorang yang lantang bersuara dan sebelum ini pernah mendedahkan beberapa cerita panas selebriti.

Lama tak dengar cerita mengenai Zarina selepas kontroversinya dengan Fathia Latiff, baru-baru ini tular satu video panas di Twitter apabila pelakon itu memuat naik video di Insta Story memaparkan dirinya tidak bertudung dan berpakaian mencolok mata.


BACA: Ifa Raziah Bengang Difitnah Skandal Dengan Bekas Kekasih Zarina Anjoulie

Menerusi perkongsian tersebut, netizen turut tertanya-tanya apa yang terjadi pada Zarina. Tweet tersebut mendapat perhatian pengguna lain namun rata-rata netizen seolah tidak terkejut dengan penampilan pelakon itu.

Malah netizen berkata, jika melihat perkongsian di Instagram milik Zarina, pelakon itu memuat naik gambar bertudung, tetapi di Insta Story tampil tidak bertudung.

Sementara itu, ada segelintir netizen mengecam tindakan pengguna Twitter yang memuat naik video tersebut yang disifatkan menyebar aib orang.

Kata netizen lagi, tidak perlu kongsikan video tersebut kerana ia hanya buatkan pelakon itu lebih popular. Tidak kurang juga ada yang mengatakan Zarina sengaja memuat naik video tersebut untuk meraih publisiti.

Dalam pada itu, ramai yang mengatakan daripada mengecam lebih baik jika doakan agar pelakon itu berubah ke arah yang lebih baik serta berharap Zarina tidak salah memilih kawan. Apa pun kita doakan yang baik-baik sahaja.