fbpx

“Aku Tak Pernah Hutang Dengan Sesiapa”

Menjawab tuduhan pedas Fathia Latiff semalam, Aiman Hakim menegaskan dirinya tidak pernah berhutang dengan sesiapa. Menurut Aiman dalam pelaburan adalah normal bila kadang kala untung dan kadang kala rugi.

BACA: Sharifah Sakinah Hilang Sabar Dengan Fathia Latiff

Menerusi Instastory, Aiman turut menjelaskan mengapa beliau terpaksa menyekat panggilan Fathia. Kata Aiman, beliau berbuat begitu kerana Fathia mula mencarut dan bercakap merapu apabila beliau sedang memberi penjelasan.

Bagaimanapun Aiman sempat meminta peminatnya mendoakan keadaan Fathia yang dilihat semakin ‘tenat’ dek kerana kontroversi yang dicetuskan. Semalam Sharifah Sakinah dan Micheal Ang terlebih dulu membalas dakwaan Fathia.

Namun kesudahannya, Fathia membidas kembali dengan menggelarkan Micheal ‘si gemok’ serta mengajak pelakon itu bertemu empat mata. Nampaknya usaha sesama selebriti ingin menolong Fathia gagal.

Jadi harapnya jelas jawapan Aiman kepada persoalan sesetengah netizen yang mempersoalkan mengapa panggilan Fathia disekat. Pelaburan memang mempunyai risiko tinggi, boleh kaya cepat juga boleh miskin cepat! (rtky/w)