Pempengaruh media sosial, Dahlia Rizal terkejut apabila mendapat tahu wanita sudah berkahwin yang dikenalinya tidak tahu kata laluan pasangan masing-masing.

Menerusi perkongsian di Threads, Dahlia berkata rata-rata mereka tidak tahu password dan tidak menyemak telefon atau media sosial pasangan masing-masing.

BACA: “Real Muslimah” – Dahlia Rizal Dipuji Bersukan Pakai Baju Longgar

Lebih lucu, Dahlia turut berseloroh mengatakan adakah dia seorang sahaja yang gila kerana tahu kata laluan milik pasangannya.

Perkongsian Dahlia itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut berseloroh mengatakan mereka juga ‘gila’ sepertinya kerana tahu segala kata laluan milik pasangan.

×