fbpx

Umum mengetahui, pempengaruh media sosial Hafiz Mahamad dikecam susulan perkongsian video memaparkan dia bersama stafnya berasak-asak untuk mencium Hajar Aswad.

Bagaimanapun, pelakon dan pengarah Erma Fatima tampil mempertahankan usahawan itu. Menurut Erma perbuatan Hafiz itu adalah situasi sebenar jika mahu mencium Hajar Aswad.

BACA: Hafiz Mahamad Minta Maaf, Video Cium Hajar Aswad Untuk Kenangan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ermafatima (@ermafatima)

Malah, Erma berkata dia juga pernah meredah untuk membantu rakan-rakannya yang tidak berkesempatan untuk mencium Hajar Aswad. 

“Inilah hakikatnya yang harus di lalui kalau kita nak cium hajar aswad. Itu kebenarannya. Tak usaha macam tu memang takkan dapatlah. Aku percaya dia tak berniat untuk content kerana aku pun pernah lalui situasi itu. 

“Aku sanggup redah semata-mata nak bagi kawan-kawan yang tak pernah dapat cium hajar aswad. Memang bukan sesuatu yang WAJIB tetapi nikmatnya bila dapat cium adalah apa yang siapa saja yang pergi nak rasa. Cuma tahap kesanggupan untuk redah tu bergantung pada diri masing-masing,” tulisnya.

Sementara itu, Erma berkata hanya Allah sahaja yang tahu niat sebenar Hafiz serta menyifatkan usahawan itu berjaya memberi rakan-rakannya merasai nikmat tersebut.

“Allah tahu niat dia untuk bagi semua sahabatnya merasa nikmat itu. Mungkin hanya orang yang pernah berada di situ akan faham kenapa dan mengapa.

“Walaupun dia seorang pempengaruh, saat itu dia lakukan bukan kerana dia pempengaruh tapi satu perjuangan. Aku pernah buat tu dan aku panggil perjuangan itu gerak gempur. Tak apa Hafiz, kau berjaya memberi sahabat-sahabatmu menikmati rasa itu,” tulisnya.