“Aku Harap Bab* Fitnah & Aniaya Mak Aku Dapat Musibah Teruk” – Anak Kak KM
Baru-baru ini, usahawan sensasi Kak KM atau nama sebenar, Liana Rosli dikecam susulan tindakannya mempercayai manfaat dan kebaikan Feng Shui untuk lokasi kediaman.
Tidak hanya berdiam diri, menerusi perkongsian di Instagram, Kak KM mempertahankan diri dengan menjawab kembali kritikan netizen.
BACA: Dikritik Percaya Feng Shui Beri Kekayaan, Kak KM Label Netizen Iri Hati
Sementara itu, anak perempuan Kak KM iaitu Bella dilihat ada mendedahkan perbualan bersama ibunya di WhatsApp di aplikasi TikTok.
Menerusi mesej berkenaan, Kak KM meluahkan rasa kesal dan kecewa apabila mendakwa dirinya telah difitnah oleh netizen.
@smexyshawty mak aku mmg taknak buat penerangan, itu keputusan & hak dia. tapi aku anak takkan diam kalau org buat mak aku. aku harap babi2 yg memfitnah & menganiaya mak aku ni akan dapat musibah yg sgt teruk. amin ya rabb.
“Mama kena fitnah. Dia kata kalau kau nak kaya, kau kena solat subuh kemudian solat dhuha kalau nak kaya. Lepas itu mama tanya dia balik, ‘Benda itu kau tak payah ajar aku sebab aku sembahyang memang tak tunjuk. Tapi aku nak tau juga, kau dah buat, dah kaya ke belum? Jangan nak ajar orang.’
“Dia pusing cakap mama kata siapa buat solat dua rakaat itu tak kaya pun. Baik ikut cara feng sui, cara cina,” katanya.
Menurut Kak KM lagi, susulan kecaman diterimanya dia menangis kerana tidak dapat menahan dengan fintnah berkenaan sehingga mengalami demam.
“Susulan ‘serangan’ bertubi yang diterima, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli terus menerus menangis sehinggakan demam.
“Apa tu kak? Mama betul tak boleh terima benda ini. Mama demam terus, nangis daripada pagi tak boleh tahan la. Fitnah ini dasyat la penangan dia,” katanya.
Menerusi entri itu, Bella berkata ibunya enggan memberi penjelasan bagaimanapun dia sebagai anak tidak hanya akan berdiam diri.
“Mak aku memang tak nak buat penerangan, itu keputusan dan hak dia. Tapi aku anak takkan diam kalau orang buat mak aku. Aku harap bab* yang memfitnah dan mengniaya mak aku ini akan dapat musibah yang sangat teruk. Amin,” tulisnya.
Terdahulu, Kak KM berkata netizen yang mengkritiknya itu mempunyai penyakit iri hati serta cemburu apabila melihat kejayaan orang lain.
kurang didikan agama…..ingat dunia ni selamanya…dh sakit esok baru ingat nk taubat…pakai tudung segala…
Hmm..macamana mak, macam tu la anak..
Memang la netizen bukan penentu ko masuk syurga atau neraka, tapi dengan sikap sebegini anak beranak, ko rasa???
Kalau betul kena fitnah, tapi dia tak sebut pasal saman, tak fitnah la tu hahaha
Tapi yg sy faham KM ni dia perli org yg ajar dia bab solat kalau nk kaya. Tengok ayat dia “aku sembahyang mmg tak tunjuk…”. Dalam agama pun bgtau, nak kaya, selain ibadah kena usaha. Kalau ko sembahyang je, tp tak usaha, mmg takde dol. Solat tu utk amalan dan kesenangan akhirat dan keberkatan Nak ubah nasib?
Bukan dengan solat shj, tp disusuli usaha.
Lepas Allah bg kekayaan, jgn pula lupa diri dgn tinggalkan solat.
Anak kaw dah reno muka dah lawa sikit, cuma ayat aja belum ada kelas nyah….
Di msia ni sumer usahawan (?) sensasi (?) sumer menjadi mangsa fitnah netizen. Kesian dorang ni walaupun mereka mulia dan ikhlas tp tetap kena fitnah. Kalau kita teliti betul2 cerita mrk yg kuar dlm blog ni sumer cerita baik2 tidak menunjuk2 kekayaan, tidak ego, malah tidak riak, sumernya merendah diri. Namun netizen tetap dengki, irihati buat fitnah kat dorang. Tak apa, nanti retis2 ni kutip pahala banyak2 dan akan dicari oleh sumer netizen utk mintak maap kat akhirat nanti. Untung jd retis kat msia ni dapat banya pahala.
Falonee, ada je org kena fitnah tak saman menyaman. Tapi dia guna cara lagi dasyat tau..ko tau dia pkai cara apa? Cara doa..
doa org yg difitnah ni tak tertolak skali pun eh…wlpn yg berdoa tu org jahat, bkn Islam bila dia mintak yg bkn2 dlm doa dia, jaga2 lah kau. Semua Allah tunaikan. Dia minta ko jadi cacat seumur hidup pun Allah tunaikan..