“Aku Beragama Islam, Melaknat Orang Yang Menghina Islam…” – Afdlin Shauki
Semalam, perkongsian pelawak dan pengarah Datuk Afdlin Shauki dikecam ramai apabila tidak bersetuju sebuah kelab komedi ditutup sementara berikutan kontroversi wanita menangalkan baju dan tudung.
Terbaru, Afdlin dilihat ada memuat naik satu kenyataan di Facebook bahawa dia tidak menyokong individu yang menghina Islam sebaliknya penutupan premis tersebut membabitkan periuk nasi orang lain.
BACA: Shahrol Shiro Tak Setuju Dengan Afdlin Shauki
Katanya lagi, sepatutnya pesalah tersebut yang perlu didakwa dan tidak perlu sampai menutup tempat orang lain mencari rezeki dengan membuat komedi di situ.
“Kenapa saya berkata saya menentang penutupan adalah kerana isu periuk nasi orang yang mencari rezeki dengan membuat komedi. Semua orang ada kelebihan mereka yang di beri untuk mencari nafkah.
“So isu dia kita kena dakwa pesalah tu! Tapi bayangkan seorang datang ke tempat kerja awak dan tiba-tiba mendajal korang semua sampai tempat kerja semua kena tutup. Apa perasaan anda?” tulisnya.
Dalam perkongsian itu, Afdlin turut menyelar tindakan tidak wanita itu yang menghina agama dimana ianya tidak boleh diterima.
Malah, dia juga terkesan dengan tindakan individu itu yang menghina agama apatah lagi dia aktif melakukan kerja amal serta komitmen kepada agama Islam.
“Aku seorang beragama islam yang sangat terkesan dan sekeras-kerasnya melaknat apa yang dibuat oleh mana-mana orang yang menghina islam. Di dunia memang patut di saman dan dipenjarakan , tapi di akhirat dia sendiri mesti mahu ingat.
“Orang yang mengenali saya mengetahui komitmen saya kepada agama islam, kerja-kerja NGP di Palestin, Syria dan usaha saya untuk sentiasa memberi manafaat kepada orang di sekeliling saya. Yang tak mengenali saya, akan cakap apa saja yang diorang suka. Saya maafkan,” katanya.
Dalam pada itu, Afdlin turut meminta orang ramai memahami dahulu kenyataannya itu apatah lagi tindakan wanita itu sekaligus menyukarkan orang lain mencari rezeki.
“So takpe, cakaplah awak nak cakap pasal saya. Tapi periksa dulu apa yang saya maksudkan. Tak pernah sekalipun saya cakap yang saya menyokong penghina islam itu!
“Sekarang ni saya menyalahkan beliau kerana menghina agama islam! Dan menabur pasir di atas periuk nasik pengkarya yang cuba mencari sesuap nasi,” tulisnya.
Terdahulu, seorang wanita tersebut mendakwa dirinya beragama Islam serta sudah menghafal 15 juzuk Al-Quran sebelum secara tiba-tiba menanggalkan baju kurung serta tudungnya ketika membuat persembahan di kelab komedi berkenaan.
We know you very well laa Flint, you and Rizal Van Geyzal are a very close friend like you and Harith Iskander. We know your network also. Your liberal opinion and so on laa. Crackhouse comedy club yg Rizal co founder tu sejak 2014 pun kita tau sapa funder dan alliance korg. Kalau bdk2 anak elitis KL ni kenal dan tau aktiviti korg apalagi laa pihak polis dan pihak berkuasa lain. Long story short cool down laa bro, lg lu kecuh2 nnt lg bnyk benda2 yg x seronok org tau terbongkar!
Salam.. Berita Terkini premis tersebut tiada lesen hiburan hanya ada lesen restoren jadi utk ada persembahan mesti ada lesen hiburan makluman terkini DBKL
Tempat tu siap ada jual burger babi, arak pe semua jadi x payah nk sembang pasal Islam sangat laa Afdlin oii! Diorg mmg support free speech, content yg promosi sex bebas dan perkara2 yg liberal thinking spt lgbtq, free thingking etc. Kalau ko rasa ko ada iman hati ko xkan sokong aktiviti mcm tu pun!
owhhh…
nmpk sgt tmpt mmg patut ditutup dan disiasat…
Lagi mau bunyik ka? Tutop sementara utk siasatan. Chill lah, bro!! Lu x rilek, pehal?
Ape gelabah sgt nak bunyik pasal tempat tu? Bukn isu tutop piok nasi n so on. Just unfortunate, the issue arise bcos the act of the idiotic woman. Humiliating agama islam in such manner. X klakar pon! Kasi bakar racism issue lagi ada!
The authorities hv the right to suspend the club’s operation for further investigation..checking on the licence etc etc..If all is in place, thn go ahead! Operation may continue. Simple. Full stop.
Masyuuk Afdlin laki bini jadi CEO Petra, hasil wang gubahan haram scammer tersohor aka pejuang liberal Malaysia berbangsa India Vinod Sekhar.
Boleh google jenayah2 ular Vinod ni, sampai Bruce Willis pun pernah nk saman dia.
Google “Jenayah Vinod Sekhar”.
ko komen pun makan diri balik, apahal ni … aflin, kalau dia taknak periuk nasi dia di BAN, apakah tindakan yg sepatutnya owner club tu buat bila nampak aksi si lahanat tu boleh ganggu periuk nasi dia? ni jawapan utk ko yg masih benak ni aflin … sepatutnya cepat2 dia naik berkejar atas stage, terus arahkan show tu di hentikan (staff dia pun boleh la kalau owner takde, kalau diorg bertangjwp) dan terus cakap, kita melarang isu2 sensistive spt agama, kaum dimainkan di pentas ini… ini baru betul aflin bahalol. ini tak, semua bergelak ketawa beramai2. itu ko cakap dia nak jaga periuk nasi dia. ko dah salah cakap bro, mengaku sajalah aflin ko dah salah cakap… ko pusing kat mana pun ko tetap tak jumpa kebenaran ayat ko… terlajak perahu boleh berundur bro, terlajak kata binasa… skang aku harap ko faham peribahasa melayu ni betul2… ko hadap …
Kalau seseorang dengan kuat mengaku bahawa dia ‘Pejuang Islam’, hakikatnya TIDAK. Hanya seorang yang cuba nak menunjuk-nunjuk. Poseur.
Pejuang Islam akan kuat sokong kelab begitu ke? Yang promote kehidupan liar, termasuk Gay dan Lesbian, serta kongsi pasangan.
Atau Afdlin pura-pura tak tahu?
Atau, “Tak apa, asal hati mulia”?
Sekarang semakin nampak sifat Afdlin Shauki YANG SEBENAR.
Gua sedang tunggu perkataan ” sejujurnya ” dan ” ikhlas ” yg sinonim dgn retis mesia. Kuar je pekataan2 tu sumer hujah bertentangan akan tewas.
Astaghfirullah al azim … tiber2 teringat ingat isu Kalimah Allah digunakan oleh orang bukan Islam.? Isu2 semua tu dibangkitkan oleh pejuang2 UMNO BN…semasa pemerintahan PH.Now…berbangkit balik semasa pemerintahan Bersatu..oleh UMNO BN.Urmmm……? #DekatPRU15