fbpx

Shahrol Shiro Tak Setuju Dengan Afdlin Shauki

Semalam, perkongsian pelawak dan pengarah Datuk Afdlin Shauki menjadi perhatian apabila tidak bersetuju sebuah kelab komedi ditutup sementara berikutan kontroversi wanita menangalkan baju dan tudung.

Susulan perkongsiannya itu, Afdlin dikecam teruk oleh netizen selepas didakwa mempertahankan mengenai penutupan sementara kelab Comedy Crackhouse itu.

BACA: Afdlin Shauki Bangkang Kelab Komedi Ditutup Sementara

Perkongsiannya itu turut mendapat perhatian pelawak, Shahrol Shiro yang tidak bersetuju dengan Afdlin yang menentang penutupan sementara kelab komedi berkenaan. Katanya, penutupan itu dilakukan bagi membantu siasatan mengenai isu yang hangat diperkatakan itu.

Shahrol turut mempersoalkan adakah pihak penganjur tidak diberitahu awal mengenai persembahan yang akan dilakukan serta tidak terus menghalang jika perkara tidak ingini berlaku.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shahrol Azizie Azmi (@shahrol_shiro)

“Ada dua persoalan yang bermain di fikiran saya. Pertama, sebagai penganjur dan pemilik premis kita punya hak untuk menghalang sebuah persembahan jika ia melanggar batas-batas terutama isu sensitif yang membabitkan kesucian agama Islam.

“Adakah ia tidak diberitahu kepada pelawak yang akan membuat persembahan terlebih dahulu? Dan jika ia melanggar batas itu kenapa penganjur tidak terus naik ke atas pentas dan membatalkan persembahan serta-merta dan kita melihat seolah-olah penganjur meraikan persembahan komedi itu.

“Kedua, adakah sebelum ini pihak penganjur pernah melepaskan ‘content’ (kandungan) sebegini atau lebih sensitif lagi kerana ada lagi beberapa video yang akan tular dan mengundang kemarahan masyarakat lagi.

“Pada pendapat saya biarlah ditutup sementara bagi membantu siasatan. Analogi ‘swimming pool’ agak kurang tepat digunakan untuk kes ini. Ada masa kita bangkang dan ada masa kita bertenang buat sementara,” katanya.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Shahrol turut menyerus agar semua pihak melahirkan pelawak yang pemikiran yang cerdas serta menjaga batas.

“Ada masa kita bangkang dan ada masa kita bertenang buat sementara. Bersama kita lahirkan komedian di Malaysia mempunyai pemikiran yang cerdas tanpa melanggar batas dan ada kelas yang tersendiri,” katanya.

Terdahulu, wanita tersebut mendakwa dirinya beragama Islam serta sudah menghafal 15 juzuk Al-Quran sebelum secara tiba-tiba menanggalkan baju kurung serta tudungnya.