Pasti ada segelintir (atau majoriti) antara anda yang tidak kenal siapa Amanda Bynes, tetapi di Hollywood, gadis ini mencipta nama semenjak belum datang bulan lagi.


Bintang Hollywood yang popular dengan rancangan sendiri ‘The Amanda Show’ ini pernah di’senaraikan sebagai antara 5 orang selebriti bawah 21 tahun termahal Hollywood oleh Forbes.

Amanda Bynes juga pernah muncul dengan filem komedi ‘She’s the Man’ & ‘What a Girl Wants’ selain memiliki slot sitkom sendiri dengan tajuk ‘What I Like About You’.

Dalam kenyataan peribadi melalui Twitter, Amanda Bynes menyebut yang beliau sudah tidak lagi berminat untuk berlakon. Beliau juga menyebut yang menjadi seorang pelakon tidak’lah segah yang beliau impikan.

Amanda Bynes turut menjelaskan yang beliau sebenarnya tidak pernah terlibat dengan penulisan skrip atau belakang tabir mana-mana filem atau rancangan yang beliau sertai — dia hanya menjadi watak yang orang lain impikan.

Jurucakap rasmi Amanda Bynes belum mengesahkan kenyataan melalui Twitter (http://twitter.com/chicky) tersebut.